Showing posts with label Muhasabah. Show all posts

Nov 25, 2013

Good deeds

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt :)

Just sharing!

"Whenever a thought comes in your mind that you are better than any other person, then think along these lines: If the person is older than you then remind yourself that this person is better than you in matters of Islam because he has done more good deeds than you have. If the person is younger than you then remind yourself that this person is better than you because he has committed less sins than you have. 
If he is of your age than your argument should be: he is better than you in matters of Islam since you know of your own sins but not of his."

-Imam Zain-ul-Abideen

Tadi ber'fb' sat sebab atas urusan tertentu. :) masa scroll down kat fb tadi terlihat pulak kata-kata ni. Dipetik daripada Imam Zain al Abideen. Okey, tak salah plagiat kata-kata orang untuk nasihat diri kita dan orang lain juga. Buat apa nak sorok-sorokkan ilmu. Biarlah ilmu itu tersebar meluas asalkan kena dengan caranya.

Okey, rasanya dah lari topik.

Nak update cepat2.

Berbalik kat kata2 imam Zain tadi, tiba-tiba terkesan kat diri dan rasa nak bermuhasabah. Kadang-kadang bila kita terbaca komen, terlihat apa-apa pun penulisan orang kat alam maya ni, selalu kita fikir bukan-bukan tentang diri dia kan. kalau orang tu cakap tentang yang baik, kita cakap 'eleh, macam lah dia tu baik sangat'. Kalau orang tu cakap tentang yang buruk, kita cakap 'tak da kerja lain ke nak buat'. Manusia macam-macam karenah kan. Jadi, apa yang nak dikatakan kat sini, apa salahnya kita bersangka baik kat orang. sedangkan Allah juga menganjurkan kita untuk sentiasa bersangka baik dan juga merendah diri pada orang lain. Just jangan fikir yang kita ni lagi bagus daripada orang lain. Perasaan yang tu memang sangat-sangat memudaratkan diri sendiri. 

Tak salah kita ubah balik pemikiran kita..bila orang tu cakap tentang perkara kebaikan, better kita fikir..MasyaAllah luasnya ilmu hamba Allah tu. atau bila kita lihat orang tu cakap sesuatu keburukan yang meluatkan hati kita, better kita fikir..mungkin dia tak tahu dan perlu diberi tunjuk ajar, sedangkan aku yang tahu ni pun masih lagi melakukan dosa pada-Nya. Astaghfirullah. Haa..kan bagus kalau kita semua sentiasa rasa mcam tu. Merendah diri dan bersangka baik dalam banyak perkara. :)

Let's say contohnya orang tu buat video yang secara  sengaja memang memalukan dirinya, then kita kutuk hina maki dia sampai buat video parodi yang menunjukkan perbuatan kita ni sama je lebih kurang ngan orang tu atau lebih teruk lagi. Kesian lah kat orang tu, janganlah di maki, nasihatlah baik-baik, tunjukkan baik-baik. kenapa nak rasa yang kita ni sahaja yang betul. Mana tau mereka yang dahulunya jahil tapi bila dia bertaubat, nah! dialah hamba pilihan Allah. Mana tau kan. Sebab tu kita digalakkan bersangka baik tak kira pada sesiapa pun. Dan bagilah nasihat yang baik-baik. :)

Tiba-tiba rindu pulak kat usrahmate yang pernah ingatkan saya tentang bersangka baik menurut imam Ghazali. Boleh titis air mata kalau dalami betul-betul isi tersirat berbaik sangka yang dikemukakan oleh Imam Ghazali. 

Nah, hayati betul2 pesanan Imam Ghazali:

Apabila berjumpa KANAK-KANAK, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita
kerana kanak-kanak belum dibebani dengan dosa.

Apabila berhadapan dengan ORANG TUA pula,anggaplah mereka juga lebih mulia daripada kita
kerana mereka lebih lama beribadah daripada kita.

Apabila berjumpa ORANG ALIM, anggaplah dia lebih mulia
krn banyak ilmu di dadanya.

Jika melihat ORANG JAHIL, anggaplah mereka lebih mulia
kerana mereka berbuat dosa disebabkan mereka jahil 
sedangkan kita berbuat dosa dalam keadaan kita mengetahuinya.

Apabila berjumpa ORANG JAHAT, jangan anggap kita mulia,
mungkin orang jahat tersebut akn bertaubat ketika masa tuanya
sedangkan kita belum tahu bagaimana akhirnya kehidupan kita.

Apabila bertemu dengan ORANG KAFIR, katakan
mereka belum tentu kafir selama-lamanya.

Bila dah baca, tepuk dada tanya iman. Lepas ni masih ada peluang lagi untuk kita jadi hamba yang merendah diri. Wallahua'alm.

Sekian, wassalam. ^^

                                                                                                                      Sincerely,

Oct 21, 2013

Tersenyum dalam kepayahan :')

Assalamualaikum w.b.t.

sumber: syababmusafirkasih

Tengok tajuk, pehhh :)

Dear diri ini dan pembaca (Kalau terbaca),

Tak ada pun yang senang dalam dunia ni kan. Kalau nak senang, ke syurgalah jawabnya. Baru senang. Saya, aku, kamu, awak, kita semua pasti akan menghadapi ujian hadiah dari Allah. Ujian kita semua berbeza..cara kita hadapinya pun berbeza.. Cara kita nak sebatikan masalah dalam diri kita pun berbeza. Tapi ada satu yang sama..iaitu tempat kita mengadu. First of all, mestilah kita kena mengadu pada Allah. Tiba-tiba teringat pulak kata-kata ustaz jemputan kat rancangan al-Kulliyah (x ingat dah namanye). Tapi kata-kata dia saya masih ingat, kalau kita sakit mana pun, adulah pada Allah..jangan adu pada orang lain..tanda kita tidak redha dengan ujian yang Allah bagi kat kita kalau kita asyik mengadu pada orang lain..

Terfikir sejenak..betul jugak kata-kata ustaz tu..sebab...

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."...
(al-Baqarah 2/216)

Hidup ni memang tak terlepas dari ujian. Memang kadang-kadang kita mesti ada perasaan semangat berkobar-kobar nak buat something, tapi..bila hasil yang kita dapat tak memuaskan, mesti adakalanya kita rasa down dan rebah secara tiba-tiba dan tak mampu nak teruskan semangat yang berkobar-kobar tu. Dan sebab tu saya memang sangat sangat tabik pada mereka yang senyum walaupun menghadapi ujian tatkala hati sedang bersemangat dan berpuas hati dengan something yang nak dibuat. Bestkan dapat jadi macam tu. 

InsyaAllah kita semua boleh jadi macam tu bila hati kita rasa masalah tu sebenarnya tak de masalah pun buat kita. Buat nak risau kan! Yang jadi masalah sebenarnya posting kita kat akhirat nanti. Allahu, moga pengakhiran kita nanti adalah yang terbaik buat kita dan yang terbaik buat amalan kita. Dan Ya Allah, tersentap lagi! sebati ke amalan saya dengan pengakhiran yang bahagia.

Sebab tu bila kita sorang-sorang, bila kita sendirian, atau bila kita free..jangan rasa hidup kita ni tak de makna atau oh..inilah syurga sebenarnya. Tak! tak! bila kita sendirian sebenarnya lagi lah kita rasa nak buat perkara-perkara lagha dan tak betul melainkan iman kita betul-betul kuat dan yakin tak buat benda lagha. Jadi, nak buat apa? usahalah supaya masa bersendirian kita tu terisi dengan kebaikan jeeee.. kann.. sape tak nak kan kebaikan kan kan? InsyaAllah hati akan jadi tenang. Contohnya, berdampinglah dengan kawan-kawan yang suka datang majlis ilmu atau suka nasihatkan kita dan bila kita pandang muka dia, kita teringat Allah :)

Even masa tadabbur surah al-insan waktu usrah semalam pun memang Allah dah cerita sikitttttt je tentang neraka (na'uzubillahiminzalik) dan banyakkkkk sangat tentang syurga... dan...daripada manusia ni tak de pun kat dunia hinggalah wujudnya berjuta bertrimillion manusia kat dunia...dan daripada amalan sekecil-kecil zarah yang kita lakukan kat orang kerana Allah atau pun tak... kena ikhlas..haaaa...tu pun dia.. Ya Allah..complete sangat sangat Allah terang kan tentang manusia kat surah tu.. tak caya?? jom sama-sama kita tadabbur lagi sekali surah al-insan ni nak.. :) maknanya apa...maknanya.. kita hidup ni bertujuan, bukan untuk memakmurkan dunia saje tapi memakmurkan akhirat juga.. dan yang sebetul-betulnya masalah yang kita fikirkan ialah... "Aku ni laksanakan ke tak tugas aku sebagai khalifah betul2???" Tapi..macam mana nak jadi khalifah yang betul? ni Allah dah tunjukkan caranya kat dalam al-insan.

" Mereka menunaikan nazar dan takutkan Hari Kiamat yang azabnya merata di mana-mana."
"Dan mereka memberikan makanan yang disukainya kepada orang miskin, anak yatim dan orang yang ditawan."
(mereka berkata) "Sesungguhnya kami memberi makanan kepadamu hanyalah untuk mengharapkan keredhaan Allah, kami tidak menghendaki balasan dari kamu dan tidak pula (ucapan) terima kasih."
"Sesungguhnya kami takut kepada azab Tuhan kami, iaitu azab hari Kiamat yang membuat muka manusia masam kusam dan suram muram." (Al Insan : 7 -10)

p/s: apa jua kepayahan yang kita hadapi, apa juga masalah yang kita hadapi, pulanglah kepada yang Satu. :')

Dengan itu, kita akan tersenyum dalam kepayahan. ^^                        
                                                                                                              Sincerely,

Mar 9, 2013

Hikmah vs circumstances

Assalamualaikum w.b.t.

Rindu sangat nak update blog. Kehidupan sangat sibuk dengan aktiviti  kat sekolah plus proposal for action research. Ni pun baru je lepas buat lesson plan..tapi bahan bantu mengajarnya belum siap lagi. Sebabnya..nak update belog..ish3, ada ke patut..tapi pastikan sebelum mengajar dah siap semuanya.! Pheww..ambil langkah berjaga-jaga jugak. Kot-kot lecturer nak datang tiba-tiba. At least dah ada sikit persediaan untuk mengajar. InsyaAllah, bagi saya, lecturer datang ke tak datang ke..kesungguhan nak mengajar murid-murid tu perlu ada dalam setiap diri seorang guru.eheh.

Paling rindu sekali dalam kesibukan praktikum ni adalah berusrah. Ya Allah, kuatkanlah semangat ini. Alhamdulillah, minggu lepas sempat juga dating dengan mak usrah berdua. Rasa dapat jugak lepaskan rindu walaupun tak fully usrah. Tapi dapat kata-kata semangat dari mak usrah through message ngan jumpa sekejap je pun dah naikkan semangat ni. Apatah lagi dapat pula berbalas emel dengan sahabat saya. Alhamdulillah. Dalam kesibukan dan mendengar keluhan yang menjadikan diri ini semakin negatif, tiba-tiba Allah datangkan insan yang mampu beri semangat sehingga saya cuba untuk buangkan perasaan negatif itu. shhhhuhhh fikiran negatif..p jauh2.. Di tambah lagi dengan menelefon mama tersayang, memang rasa bateri makin bertambah bila dapat cakap dengan mama. Syukur.

Itu lah kuasa pendorong dari belakang sebenarnya. Time kita rasa down, fikirkan insan yang terdekat dengan kita yang mampu buatkan kita sentiasa fikir positif dan kurangkan sesi mengeluh, jangan fikirkan insan yang buatkan kita rasa down lagi sudahlah.! Biasalah, sometimes kita akan rasa jemu dengan acara daily life kita sebab kita rasa buat benda yang sama dan daripada acara daily life kita tu akan buatkan kita rasa sibuk memanjang, rasa tak dapat nak buat kerja lain...dan macam-macam.. saya ingatkan diri saya..just take it as my challenge. dan satu lagi..sentiasa tanamkan rasa seronok dengan acara daily life kita ni. So, tak da lah kita rasa bosan. Dalam sesuatu pekerjaan memang tak kan ada yang mula dari senang. Apa-apa pun memang kita mula dari susah. Cuma, bagaimana kita nak handle kan sesuatu pekerjaan tu saja supaya ia jadi senang. ahah. cakap pandai. Ya, saya cuba aplikasikan dalam diri saya sebenarnya. Biasalah, kita manusia, hamba biasa. InsyaAllah segala-galanya boleh jika kita berfikiran positif. 

Kan Allah dah cakap dalam 2:216

"Barangkali kamu membenci sesuatu padahal ia baik bagimu dan barangkali kami menyukai sesuatu padahal ia tidak baik bagimu"

dan.. 4:19

"Barangkali kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak"

Jadi, sentiasa fikirkan ada hikmah atas segala yang Allah dah rancang untuk kita. Tapi tugas kita, bukan dok saja, tugas kita..usaha lah ke arah yang lebih baik. InsyaAllah..sebab apa?? sebab..

Kan Allah dah cakap jugak dalam 98: 5-6

"Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya tiap-tiap kesukaran itu disusuli dengan kemudahan."

Kan..how sweet Allah pujuk kita.. Jadi sahabat2, just take it positively. Don't ever ever make it difficult. hee

So, readers aka hamba Allah yang sangat tabah dan sentiasa berusaha. Yakinlah pada diri. Yakinlah pada Allah.

Okey, till then. :)

p/s : adik2 circilicous kesayangan akak, sorry sangat..akan cuba usahakan juga untuk dating dengan kamu semua. :(

Feb 16, 2013

Pray for all

Assalamualaikum w.b.t.

Jom hilangkan stress jap ngan mendoakan kesejahteraan orang lain walaupun yang kita tak kenal pun. Yang tak kenal pun kena doakan ke? yup. mesti kena doakan jugak sebab mereka juga saudara kita. lebih2 lagi seIslam dengan kita. Kita bukannya tau mereka tu dalam keadaan susah ke senang ke. Atau bagi yang keadaan susah, takkan kita tak terasa something bila kita dapat makan dengan kenyang. I mean that kalau kita dapat rezeki even sedikit pun, cuba kita bayangkan mereka yang tak dapat apa2 langsung. Yang kais pagi makan pagi kais petang makan petang. So, bersyukurlah dengan apa yang kita dapat dan teruskan mendoa untuk mereka yang kita tak kenal ni agar sentiasa dicurahkan rezeki berlipat kali ganda.

Kredit to Senyum Design Studio. Cantik2 design quotes yang diorang buat. Kreatif!

Semoga sesiapa sahaja yang baca post ni dalam keadaan yang mendapat naungan redha-Nya dan sentiasa dalam keadaan sihat dan sejahtera serta dikurniakan kemanisan iman yang berpanjangan..Aminnnn.. :)

p/s : kalau kita doakan untuk orang lain secara diam-diam, malaikat pun doakan untuk kita malah lebih lagi daripada kita doakan untuk orang lain tu. Ia one of the sunnah hasanah. Jadi, jangan berhenti berdoa untuk kesejahteraan orang lain. Dan..lagi satu, doa yang baik2 ea.

So, lets we pray for our Muslim sisters and brothers in Palestine, Syria, Myanmar, Malaysia and wherever they are..

Dari Anas bin Malik, Rasulullah s.a.w. bersabda "tidak beriman salah seorang di antara kamu sehingga kamu mencintai saudaramu lebih dari kamu mencintai diri kamu sendiri" Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

Sekian, wassalam. ^^

Feb 14, 2013

Motivasi tanpa sedar..^^

Assalamualaikum w.b.t.

Kadang2 diri ni suka gak ambil kata-kata dari mana2 resource sebagai penguat dan pemujuk diri. Yup. kita semua boleh ambil advantage yang ada pada pages FB or web yang brcirikan motivasi or islamik sebagai penguat motivasi diri. InsyaAllah. Sometimes, bukan je dari fb or web, tapi yang terdekat dengan kita, al-Quran. Ha! al-Quran kan punya kata-kata cinta yang indah. So, apa salahnya kita tadabbur sat. Ambil ia sebagai motivasi diri. InsyaAllah berkesan! :) Apa gunanya al-Quran kita dapat sebagai hadiah, or dapat time wedding or engagement sebagai hantaran tapi tak gunakan kelebihan yang ada pada buku hebat itu. Jadi, gunalah ia, jadikan panduan hidup kita. InsyaAllah, akan lebih bermakna hidup kita ni. 

Peace..! ^^ 

Jom ambil kesempatan yang ada ni, kita semak2 sikit risalah al-Quran tu dan try aplikasikan dalam hidup kita. 

Dan..kadang2..sahabat baik kita or mereka yang kita kenal dalam jalan tarbiyah juga mampu memberi kata-kata motivasi pada diri yang kadang-kadang semakin jauh dari-Nya. Bukan tu je. Kadang-kadang tingkah laku mereka juga pemangkin untuk diri ini untuk lebih melaksanakan ibadah walaupun kadang-kadang kita rasa ia hanya small things..tapi kadang-kadang tanpa sedar ia adalah big things that we need to apply in our daily especially in ibadah. Banyak kadang-kadang kan. eheh.

Contohnya, hari tu kita lupa nak buat solat sunat qabliah ngan ba'diah (rawatib)..tapi tiba-tiba kita nampak kawan kita sedang melaksanakannya, sedangkan kesibukannya sama je dengan kesibukan kita. Jadi, rasa macam satu hentaman 'gedebush' kat dalam hati ni yang rasa macam miss sesuatu, iaitu solat sunat rawatib sebelum dan selepas solat fardhu. Ya. itu antara motivasi jugak untuk kita lebih dalam hal ibadah. Hal lain pun sama juga. Yang penting, jangan pernah tinggal buku hebat dari-Nya itu sebagai titipan untuk kita lebih bermotivasi dalam seharian kita.

:) bila nampak je perkataan la tahzan dalam buku hebat tu. pasti tersenyum. :)

Sekian, wassalam.

Feb 10, 2013

~Daurah ISK + Oski~

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, now baru ade masa sikit nak update tentang daurah ISK-SH. Kat sini saya just nak share tentang ISK je. SH belum bersedia lagi coz memerlukan kefahaman yang betul2 tinggi. Yup, saya akui, masih banyak lagi yang perlu ditambah especially ilmu for shahadatul haq yang kita sendiri lafazkan tiap-tiap hari. betul kan? Ops, sebelum tu, main cakap je kan ISK lah, SH lah. Pebendenye tu kan.. Okey, ISK adalah Ini Sejarah Kita, manakala SH adalah Shahadatul Haq. Sebenarnya daurah ni merupakan salah satu wasilah dalam dakwah dan tarbiyah ni selain usrah. Bukan tu je, ada lagi..usrah, mukhayyam, rehlah, riadhah, jaulah, khatibah..semuanya adalah antara cara untuk mentarbiyahkan diri dalam membentuk diri untuk menaiki tangga-tangga maratib amal. Maratib amal tu apa pulak ye? Ok, maratib amal rasanya semua muslim perlu tau which is ia merupakan satu pedoman untuk kita mencapai satu matlamat yang mana sampai satu tahap kita merasakan dunia ni, bumi ni berpaksikan Allah s.w.t. 

Gambar kat atas ni yang saya maksudkan maratib amal..fuh..saya rasa kita masih berada di tangga 'ground floor'..betul kah? Saya sendiri akui memang banyak cabaran, agak sukar untuk bertatih menaiki tangga-tangga maratib amal ni. TETAPI, jika kita hidup yakin dan aqidah kita ni iktikad pada ALLAH swt.. InsyaAllah kita semua mampu untuk mencapai tahap ustaziyatul a'lam. That's why dalam usrah perlukan pendedahan seperti ini.. Maksud saya daurah yang mana ia memberi penjelasan dan pencerahan terhadap arah tuju kita bukan sahaja sebagai muslim tapi sebagai mukmin dan juga mukhlis..moga-moga begitu. 

Berbalik kepada ISK tadi. ISK means kita perlu tau sejarah kita, kita perlu tau asal usul kita, kita perlu tau yang kita dulu pernah maju dalam bidang sains dan teknologi masa pemerintahan Abbasiyah, kita perlu tau yang kita dulu pernah dijatuhkan oleh orang Monggol yang tidak bertamadun, kita perlu tau yang ada pemuda-pemuda sebaya kita dahulu pernah menaikkan kembali nama Islam, kita perlu tau kenapa kita berada dalam keadaan zaman ummah yang sakit dan tenat sekarang.. Kita perlu tau semua tu, kita kena ambil peduli semua tu.! 

Itulah yang diceritakan dalam ISK.

Daripada situ, kita tau bagaimana kita hendak kembalikan kegemilangan Islam seperti dahulu kala dan apa peranan kita untuk memartabatkan kembali Islam di mata dunia. Adakah kita hanya kata "emm..aku yakin yang Islam akan menang satu hari nanti, tapi aku tak tau nak buat apa..tunggu Islam dah maju baru aku akan lakukan sesuatu" atau "aku tak cukup ilmu, buat apa aku nak sampaikan kebenaran kalau aku tak cukup ilmu, ustaz ustazah kan ramai, diorang ada, insyaAllah Islam tak kan pupus punya" atau "sorry, aku sibuk nak buat kerja ni, kalau aku tak buat kerja macam mana aku nak maju dan macam mana aku nak majukan Islam" atau macam-macam lagi lah..agak-agak kita kat situasi yang mana? tepuk dada tanya iman fikirlah dengan mata hati.

Kalau ikutkan rasa tak layak, saya rasa saya pun tak layak nak sampaikan sesuatu tentang Islam. Tapi sampai bila kita rasa yang kita ni tak layak? adakah sampai malaikat maut datang.. wallahua'alam. Hope kita sama-sama ada kesedaran tentang ini dan tak memandang enteng terhadap tittle yang kita pegang ni.. Aku adalah seorang Muslim. Hope ia bukan atas kata nama sahaja tetapi atas kata kerja dan kata sifat juga. InsyaAllah..try sama-sama check kalam cinta Allah dalam surah al-A'raf ayat 179. Cuba lihat maknanya. selami dan hayati. Akhir sekali tadabbur..apa yang Allah nak sampaikan pada kita sebenarnya.. :) sweet kan.

Apabila usrah-usrah kami digabungkan, kami satukan ia dalam daurah.
Actually yang akhawat termasuk adik usrah saya ramai kat daurah SH, buat kat bilik sebelah je.. :)

Just nak share sikit.. tentang kucing kesayangan..Oski. Hilang hampir 5 hari dah masuk hari ni.. :( Tak tau ke mana dia menghilang. hope kalau ada yang ambil Oski dapat jaga Oski baik2.. Tapi family saya masih dalam operasi mencari. Paling sedih bila ayah saya sendiri yang cari kat semua kawasan perumahan kat bandar baru sentul ni. Bayangkan, daripada ayah dulu yang tak suka kucing, tapi tak tau kenapa kehadiran oski buatkan ayah sayang kat dia dan kucing-kucing yang lain.. :) 

tengok. Tompok teman ayah lepas kami solat jemaah.. :)

Untuk oski, memang kami sekeluarga tak pernah berhenti berharap. Hope oski dalam keadaan baik sebab jaga dia masa dia kecik lagi...

Dah tampal dah kat sekitar notice board kawasan rumah bandar baru sentul..tapi masih lagi tak da berita..

Oski..masa ni kecik lagi .. :')

Bila fikir balik, kita fikir yang positif aje.. Sebab haiwan ni dah semestinya masuk syurga. Dan..ingat, haiwan ni pun doakan kita. Jadi, berbaik2 lah dengan makhluk Allah yang lain juga..

Diriwayatkan dari Ali bin Al-Hasan dan Anas yang menceritakan bahwa Nabi Saw pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu, baginda berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhu untukku ke dalam bejana.” Lalu, Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana. Namun, seekor kucing datang dan menjilati bejana. Melihat itu, Nabi berhenti sampai kucing tersebut berhenti minum lalu berwudhu. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, bahkan tidak ada najis.”

Sekian, wassalam. :')

p/s : 1)ubah blog jadi warna2 pastel.. love the pastel colours..lembut je kan..hee
       2)mohon sama2 doakan kesejahteraan saudara Islam kita di muka bumi ni termasuk Syria dan Palestin.

Jan 6, 2013

Setiap ciptaan cerminan penciptanya.

Assalamualaikum w.b.t.

Tarik nafas jap..hhheeemmm.. Alhamdulillah. Betapa cintanya Allah kat kita kan. Kalau saja-saja tutup idung 5 minit pas tu rasa macam sesak nafas, mesti kita cepat-cepat lepaskan. Sebab?. Sebab takut lemas lah. Haa..kan, nampak tak Allah tu terlalu sayang kan diri kita sampai oksigen pun kita dapat free. Mana nak dapat benda-benda free ni weyh. Semuanya hanya dari Allah sahaja yang free. Manusia je yang guna originality nye from Allah, pas tu berbayar. Contohnya? Air minuman. Manusia berusaha ambil air dari sumber semulajadi atau kitar balik, pas tu jual kat orang. Then orang pun minum lah air yang berbayar tu..ahh..legakan. Tapi air tu berbayar. Mana ada orang dah usaha letakkan air dalam botol cantik-cantik. Pas tu suka ati je bagi free kat orang. Dah usaha dia, kenelah bayarkan? Eheh. 

Okey, sebenarnye peristiwa tu just saya nak gambarkan tajuk entry saya. (tersenyum puas sebab dapat bersama-sama dengan akhawat bulatan ohsem) Okey, cantikkan tajuk tu. Antara perkara yang diperkatakan  oleh seorang akhawat dalam usrah saya. Cuba anda pegang pen ke pensel ke pembaris ke tak kisah lah alat tulis or sebagainya yang berdekatan dengan anda. Then, cuba anda fikirkan ciri-ciri unik benda tersebut dan fikirkan ciri-ciri unik yang ada pada pencipta benda tersebut yang sama dengan ciri-ciri unik benda tersebut. Faham ke? Okey, saya bagi contoh pen yang ada penutup. Ciri-ciri unik yang ada pada pen tu adalah ia ada penutup.eheh. betul lah. unik apa. Okey, ciri-ciri unik yang ada pada pencipta benda tersebut yang sama dengan ciri-ciri unik pen tu adalah dia adalah seorang yang suka melindungi orang yang disayanginya. Sebab? sebab ciri unik pen tu bagi saya ada penutup dan dah semestinya pencipta pen tersebut yang ada sifat suka melindungi orang yang disayanginya mencipta pen tersebut dengan ada penutup sebab nak lindungi dakwat pen tersebut daripada tinggal sedikit. Faham ke? hope anda faham. :)

Sama juga dengan benda-benda yang ada di sekitar kita. Setiap ciptaan yang kita nampak adalah cerminan atau gambaran penciptanya sendiri. Saya ambil contoh terdekat dengan kita. iaitu our mother. Mak kita. Apa sifat-sifat mak kita? Mak saya terus terang saya katakan mak saya seorang yang baik hati, tak pernah mengeluh walau saya ada buat salah sikit pun, tegur dengan kasih sayang adalah, seorang yang penyayang.. Subhanallah.. Allah anugerahkan saya mak saya dengan sifat-sifat tersebut. Kagum kan? begitulah sifat-sifat yang ada pada pencipta mak saya. 

Kak aji ada meminta kami bertadabbur surah al-Baqarah ayat 164. Try check sekarang. Maknanya

Firman Allah taala : Sesungguhnya pada pertukaran langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, dan pada kapal-kapal yang berlayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia, demikian juga pada air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Dia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang, demikian juga pada peredaran angin dan awan yang tunduk kepada kuasa Allah terapung-apung di antara langit dan bumi, sesungguhnya pada semua itu ada tanda-tanda yang membuktikan keesaan Allah, kekuasaan-Nya dan keluasan rahmat-Nya bagi kaum yang mahu menggunakan akal fikiran.

Haa..banyak perkara boleh kita predict kan daripada ayat cinta tu. Antaranya, sifat yang Allah ada pada benda yang dicipta-Nya. MasyaAllah. Hebatkan. Kadang-kadang, itu pun teguran Allah pada diri kita ni juga. Kita kan mudah alpa. Jadi, jom lihat keindahan alam yang terbentang luas sambil memikirkan hebatnya ciptaan Yang Maha Pemurah ini.. :')

Alhamdulillah. Tq Allah. Kamsahanmida Allah.

#bulatanohsem512013#

Sekian, wassalam

Dec 7, 2012

Bulatan Ohsem!

Assalamualaikum w.b.t.

"Akak nak lantik ila jadi mas'ulah (ketua) untuk program katibah kali ni." Ya Allah, rasa besar sangat amanah ni bila kak nisa' terus sebut nama saya.  Yang lain pulak terus cakap "setuju!". Sayang2 saya semua ni memang selalu cakap setuju je bila dah lantik sorang mas'ulah. Okey, tak pe, dalam hati terdetik..'InsyaAllah, aku cuba..mungkin Allah nak uji macam mana cara aku memimpin orang lain'

Alhamdulillah pangkat mas'ulah dengan ahli usrah tersayang yang lain langsung tak ada beza sebab semuanya sangat bersemangat nak buat khatibah untuk adik-adik usrah masing-masing. Ya, itu pun usrah kami..antara kami bila dah dipilih mas'ulah semua akan bantu jadi mas'ulah. bantu-membantu. saling mengingatkan jika ada yang alpa. Yup, sangat heaven!

Sepanjang memasuki madrasah dakwah dan tarbiyah ni memang banyak mengubah saya. Terutama dari jahil kepada tidak jahil. Alhamdulillah..walaupun ada sisa-sisa jahiliyah, Allah sayangkan saya lebih..sebab bila buat sesuatu yang lagha..terus berdesup rasa bersalah dalam diri ni. Ya Allah, macam-macam cara Engkau tegur hamba-Mu ini.. :') ..Itulah tanda Allah maha pemurah lagi maha penyayang kan. Subhanallah.

Berbalik kepada program khatibah akhawat tadi, sebenarnya program ni ahli usrah saya buat seminggu sebelum study week. Alhamdulillah, segalanya berjalan ngan lancar. Ops, bagi mereka yang tak tau khatibah tu apa?? Khatibah tu kita bangun malam2 dengan sayang2 kita kemudian kita Qiamullail ramai-ramai. Best sangat. Waktu dating dengan Allah masa tu sangat tenang sangat..tambah lagi..sweet sangat..tambah lagi ye..ohsem sangat sebab lepas tu kami solat subuh berjemaah plus baca ma'thurat dan al-kahfi berjemaah!..nak tambah sikit lagi...circlicious kami bertambah ohsem dengan sharing dari kakak-kakak usrah tentang pengalaman tarbiyah dan dakwah mereka sepanjang berada di luar negara. 

Di sini tempat kami berkhatibah!
Taman Rekreasi Pengkalan Asam, Kangar, Perlis.
Tak jauh sangat dari IPDA.

Banyak sangat yang mengubah kami bila duduk sekali dalam perjalanan tarbiyah dan dakwah ni. Kami dari pelbagai latar belakang, dari pelbagai karenah, pelbagai kenangan semasa jahiliyah..di sini..kami bersatu menyatukan hati-hati kami dengan satu matlamat..mencapai redha Allah melalui ukhuwah yang terjalin. Subhanallah! Serius, saya rasa beruntung sebab bertemu dengan rakan-rakan usrah semasa belajar. Bersyukur sebab masih belum terlewat untuk menyemai rasa kehambaan bersama-sama sayang2 saya ni lah!!

My sweethearts..melda, owdah, & nurna. Ada lagi... fina, art & sufi.. :)
Really love them so much

Thanks sahabat.. :')
Inilah gaya muslimah kami !

detik akhir program khatibah..sangat menyentuh hati kami.
Ya, kami sangat-sangat terasa dengan ikatan tali ini
kami telah faham mengapa kami berada di jalan ini
dan...antara kami sangat memerlukan ukhwah ini untuk tidak tersungkur dari jalan ini

'Dan berpegang teguhlah kamu sekalian dengan tali Allah dan janganlah kamu sekalian berpecah belah dan Ingatlah nikmat Allah atas kamu semua ketika kamu bermusuh-musuhan, maka Dia (Allah) menjinakkan antara hati-hati kamu maka kamu menjadi bersaudara sedangkan kamu di atas tepi jurang api neraka, maka Allah mendamaikan antara hati kamu. Demikianlah Allah menjelaskan ayat-ayatnya agar kamu mendapat petunjuk' (Check surah Al-Imran ayat 103)

YA ALLAH
Engkau mengetahui hati-hati ini
Telah berkumpul kerana mengasihi-Mu
Bertemu untuk mematuhi perintah-Mu
Bersatu memikul beban dakwah-Mu
Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariat-Mu
Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya
Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini
Akan jalan-Nya yang sebenar
Penuhkalah hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu
Yang tidak kunjung malap
Lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan iman dan keyakinan
dan keindahan tawakal kepada-Mu
Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma'rifat tentag-Mu
Jika Engkau mentakdirkan mati
Maka matikanlah pemilik hati-hati ini
Sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu
Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong
Ya Allah
Perkenankanlah permintaan ini

Ini bukan lirik lagu ye..ini makna Doa Rabitah Hati.. Subhanallah..tersentuh.tak terkata apa. Sebak. Terkenang2kan sayang2 usrah. Tahun depan tahun akhir kami meneruskan perjuangan ini di IPDA. Tetapi bukan tahun akhir untuk kami meneruskan madrasah dakwah dan tarbiyah ni, bahkan ia permulaan. Untuk kami amalkan bila dah jadi guru kelak.! bukan sahaja guru, tapi, bila dah berkeluarga. Ya, bagi saya itu salah satu matlamat mengapa saya join usrah. Saya inginkan semua orang daripada persekitaran yang penuh dengan kehambaan kepada Allah. Dan bawa jenama Islam walau di mana pun.

This is what we called Bulatan Ohsem!

Islam itu indah..tapi..lebih indah bila diamalkan.. :)

Kepada yang dah baca dari atas sampai bawah, terima kasih sangat2. 
moga ia jadi ikatan hati-hati kita untuk bawa jenama Islam ni.

Oh, It's Friday..Kahfi Jom!

Sekian, Wassalam

Nov 25, 2012

Piala AFF Suzuki 2012 antara Malaysia & Singapura (25/11/12)

Assalamualaikum w.b.t.

Just a short entry.

Bukan nak cakap apa

Bukan nak mengulas tentang perlawanan itu (Tajuk je tu..eheh)

Tapi tadi tertekan chanel yg menunjukkan perlawanan Piala AFF Suzuki 2012 antara Malaysia & Singapura

Kebetulan terlihat pula penjaga gol Malaysia berseluar terlalu pendek hingga menampakkan lututnya (Astaghfirullah, pandang sekali je sebab memang nak terus tukar chanel)

Tapi sebelum hendak bertukar chanel lain, terlihat pula kelibat penjaga gol Singapura berseluar pendek tetapi elok berstokin tebal yg panjang sampai ke lutut. (mungkin tight) Manis dipandang sebab dalam kalangan yg bermain masih ada juga yg tahu jaga batas aurat

Bukan nak banding2kan negara sini dan negara sana..tapi sama2 insafi diri

Alangkah eloknya bersukan dan pada masa yg sama menutup aurat

~Majulah Sukan Untuk Negara~

~Berjihadlah Membangunkan Ummah~

^_^

Sekian, Wassalam.

Nov 22, 2012

Stay Strong Gaza... T_T

Assalamualaikum w.b.t

Marahnya kat diri ni..kenapa? Sebab kadang2 diri ni mendokan untuk saudara muslim di Gaza bermusim pulak. :'(..Masa Gaza diserang teruk sekitar 2008 dan 2009, masa tu pun baru diri ni terkocoh2 membangkitkan kemarahan pada zionis laknatullah. Kemudian..saya mendiam sahaja.. Ya Allah..malu sangat pada mereka di sana..Apa nak jawab nnti masa Allah tanya apa yang kau dah buat untuk ummah?? Ya Allah..rendahnya diri hamba mu ini. Janganlah semangat juang ini sementara waktu sahaja..biarlah sampai ke lubang kubur.

Buka je laptop terus jari menaip untuk ketahui keadaan yang berlaku kat sana. Ya, memang hati ni gusar memikirkan saudara Islam di sana. Memang hati ni menangis meratapi saudara Islam yang kecil di sana, kehilangan ahli keluarga mereka. Apatah lagi kehilangan kedua-dua orang tua. MasyaAllah, bayangkan kita kehilangan ahli keluarga tercinta. Mesti susah nak terima kan?
.
T_T
Menangis melihat anak kecil comel ni. Kalau anak kecil kita tidak tahu apa2 tentang human right, tapi di sana usia sekecil 3 tahun sudah pandai berjuang dan mempunyai cita-cita mati syahid. Subhanallah. Dan, Alhamdulillah, masa melihat berita tentang keadaan di sana pagi tadi, hati dan perasaan saya bercampur gembira dan sedih..akhirnya Gaza capai genjatan senjata walaupun kita tidak tahu sejauhmana tempoh genjatan senjata ni berlaku. Pastinya yang pergi tetap syahid menemui Allah. Pengakhiran kita? Belum tentu lagi bagaimana kan.. Moga Allah memberi kebaikan pada kita semua..insyaAllah.

Jadi, jom sama-sama kita doakan yang terbaik untuk umat Islam Palestin, Syria, Rohingya..dan di seluruh dunia..Saudara seislam kita di Gaza..Semoga Allah memelihara dan melindungi saudara kita.. :'(.. Semoga syahid dan sentiasa dirahmati Allah. Ya Allah..berilah kemenangan kepada saudara kami dan Islam seluruh dunia..aminn..

Mungkin kita tidak mempunyai peluang ke Palestin untuk berjuang.. Tapi kita boleh guna pelbagai cara untuk berjuang sebenarnya. Seperti menderma, boikot semahunya barangan Israel dan.. gunalah senjata mukmin yang berteknologi tinggi, iaitu senjata D-247 (Doa 24 jam & 7 hari) untuk menewaskan musuh dari jarak jauh.

Firman Allah.. " Berdoalah kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepada Aku, akan masuk ke neraka Jahannam dalam keadaan hina.." ( Surah al-Ghafir ayat 60)

Rezeki Allah itu luas..dan kita tak kan kebuluran atau muflis kalau boikot barangan Israel..Banyak lagi sumber lain..

Please..boikot mcd...sumbangan terbesar israel dapat daripada mcd dan starbuck.. Cukuplah sebelum ni saya tewas dengan nafsu untuk makan mcd..lepas ni please myself..ingat saudara Islam kita lebih penting daripada nafsu makanan kita.. ##Tolong ingatkan saya kalau nampak saya jejakkan kaki ke McD##

Jom menderma wang ringgit..kalau beli baju and tudung boleh sampai beratus ringgit, kenapa nak hulurkan ke saudara Islam kita tak boleh? 

and please...teach our child about spirit of jihad..kenalkan pada anak-anak kecil kita tentang keutamaan berjihad di jalan Allah even masa diorang menuntut ilmu..  Everything begins with dakwah and tarbiyah..

terima kasih kerana sudi membaca..moga kita sama-sama peroleh naungan redha-Nya.. :)

Sekian, wassalam.

Nov 9, 2012

Oh Allah, please strength my heart to istiqomah on my ibadah during this school holiday..

Assalamualaikum w.b.t.

Yeah, cuti dah pun start. Semester 6 sudah pun melabuhkan tirai. Tinggal lagi 2 semester lagi untuk terus bertahan mendapatkan ijazah dalam bidang perguruan. InsyaAllah! Apa jua bidang bidang yg kita ambil, apa jua jurusan yg kita ambil, jangan lupa setiap daripada kita pemegang calon untuk sesi temuduga munkar nakir suatu hari nanti untuk menentukan sama ada kita ni layak tak masuk ke 7 universiti pilihan yang paling top yg tak memerlukan assgment mahupun exam atau masuk ke 7 universiti yg membuatkan kita seriau dgn pelbagai tugasan mencabar yg tak pernah henti2 menggagalkan kita. Ya Allah, lindungilah kami para hamba-Mu daripada siksaan-Mu di akhirat kelak. 

Okey, berbalik kepada tajuk utama tadi, tentang istiqomah masa cuti. kenapa?? masa tak cuti je ke boleh istiqomah? masa cuti, terus cuti semuanya. Itu yg saya tak nak mohon dijauhkan. Jika semasa di kolej, universiti, mahupun institut pendidikan guru, aktif dengan usrah sana sini, majlis ilmu sana sini, baca buku sana sini, amal ibadat sana sini dan semuanya lah nak dikatakan istiqomah masa tak cuti tu sana sini. ahah. tapi, datang je cuti, terusss sesi mengqada'kan balik tidur yang tak cukup tu, masa terluang dengan televisyen and sewaktu dengannya. Bukan orang lain lah, mungkin diri ini.. ya, memang susah hendak istiqomah. Ya Allah, jauhilah diri ini daripada perkara yang mensia2kan. 

Jadi, masa cuti ni dah ada senarai checklist untuk tidak membiarkan ia terbuang begitu saje selain meluangkan masa sepenuhnya dengan family tercinta. Mungkin masa cuti ni lah, masa untuk kita berehat dengan mengisi lagi dada kita dengan makanan rohani:

> Hujung minggu sabtu ahad nak cuba penuhi waktu subuh ikut ayah p dengar kuliah subuh di msjid2 brdekatan.

motif tunjuk gamba oski & oska??

> Amalan bersedekah sangat digalakkan. So, banyak2kanlah bersedekah. Macam saya ada kucing, boleh sedekah pada kucing dengan buatkan makanan nasi campur ngan ikan.eheh. dengan bersedekah ni sebenarnya boleh lapangkan dada kita sebab bila kita bersedekah ofcourse kita berada dalam tahap keikhlasan paling tinggi kan. insyaAllah, Allah akan permudahkan lagi urusan kita jika kita permudahkan urusan orang lain. Sama juga dengan agama. tak percaya? check surah Muhammad ayat 7 sekarang jugak!

> Nak try belajar memasak dan menjahit. (tersengih)..Tak tahu yg ni dapat penuhi atau tak.. Moga diberi petunjuk merajinkan diri melangkah ke dapur untuk mencuba resepi baru.!

> Kalau on-line ke, tengok tv ke, atau tidur ke, niatlah ia kerana Allah. Bila tengah on9 mesti buka fb, blog or tweeter, post lah perkara-perkara yang kita juga dapat sahamnya di akhirat kelak. Janganlah post bende2 merapu bagai tu. (geram ngan orang lain or pakwe belanje eskrem pun nak gtau) Astaghfirullahal'azim.. Janganlah kita lepaskan sesuatu tak elok yang orang ramai boleh lihat keaiban kita. Taubat nasuha secepat mungkin! Tu kalau on9, kalau tengok tv pun tak salah, tapi rancangan tu biarlah yang mendekatkan diri kita pada first love kita (Allah).( Saya suggestkan rancangan Reflection di tv al-Hijrah). Tu kalau nengok tv, kalau tido pulak, janganlah tidur yang menunjukkan tahap penat 100 darjah celsius gitu sampai lepas subuh tido sampai masuk waktu subuh kedua (Zohor)..Na'uzubillah..Kalau nak tido bukannya salah sebenarnya, sebab tu kan ibadah..tp biarlah niat kita tido tu agar untuk kita menyimpan tenaga kita supaya dapat melakukan ibadah seterusnya..InsyaAllah.. :)

* Cadangan untuk on9 tadi, rajin2 kanlah jari jemari menaip di keyboard tu untuk jelajah laman-laman web islamik macam iluvislam ke, angel pakai gucci ke, dakwah.com ke, ilmi-islam.com ke..or anything laman web yg mendatangkan manfaat. atau laagi satu kat fb kan banyak fan pages2 tentang kata-kata islamik atau gambar2 yang boleh kita jadikan sebagai muhasabah diri. So, save lah kata2 tu or gambar tu dalam folder lappy kita nie.. InsyaAllah ade manfaatnya sebab kita simpan benda elok. Time2 bosan boleh jenguk2 balik kata2 tu untuk kita muhasabah diri. Jadikan ia 'naqibah' maya untuk kita penuhi hati2 kita dengan kata2 indah  tu.

> Nak try jenguk2 usrah area kediaman ni lah. Kan dah cakap serius hati kosong tanpa usrah! nak jugak cari.

Usrah saya di IPDA.. :)

> Teringin nak habeskan masa dengan buku-buku islamik yang menimbun beli masa pesta buku antarabangsa ari tu.

> Teringin juga nak habeskan masa ngan menghafal surah2 pilihan..InsyaAllah..moga dipermudahkan untuk mengingatinya.

> Bermusafir (Tak plan lagi hendak kemana)..Bila berjalan or travel, biarlah niat hendak melihat kebesaran-Nya. Tak caye, try tengok surah al-Imran ayat 190-191. Boleh beristirehat sebentar kan..

Dan banyak lagi sebenarnya, yg boleh kita manfaat kan masa cuti ni. Hopefully cuti kali ini memberi makna dengan melakukan perkara2 yang berfaedah. InsyaAllah..

pssttt..kalau tak silap 23-25 November ni ada festival Hijab di Anggerik Mall kat shah alam, cam menarik je kan..jom!

Okey, salam jumaat, jom sambung kahfi balik..

Sekian, wassalam.

Oct 11, 2012

Allah is beautiful and He loves beauty

Assalamualaikum w.b.t.

Sebut je tentang muslimah. Mesti gambaran kita seorang yang solehah, baik, santun, lemah lembut..Allah.. Bestnya kalau dapat jadi macam tu.. :)

Tapi...tak kurang jugak, ada yang melatah bila melihat muslimah itu bergaya sedikit..

"Perempuan bergaya HARAM. Pakai cantik-cantik HARAM. Berfesyen sikit HARAM."

Kenapa ya sesetengah individu begitu ekstrim berdakwah sampaikan kalau boleh semua benda nak dicopkan haram tanpa mengkaji hukum perkara tersebut terlebih dahulu.

Hmm..Adakah Islam agama yang begitu ekstrim? Adakah Islam menyekat fitrah manusia untuk menyukai kecantikan?

Islam is fleksibel ok.

That's why dalam Islam ada konsep Murunah. Murunah ialah anjal atau fleksibel iaitu boleh berubah mengikut kesesuaian, namun masih tetap prinsip asasnya. Murunah merupakan satu kelonggaran atau kemudahan yang diberi kepada semua muslimin muslimat tetapi tetap pada thabatnya, iaitu menutp aurat, tidah berlebih-lebihan (tabarruj) dan menepati syariat.

Memang dah fitrah manusia untuk menyenangi keindahan. Dan Islam menghormati fitrah tersebut. Jadi, tak salah pun nak berfesyen asalkan tak terkeluar dari landasan syarak.

"...Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tuduh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tibuh mereka melainkan kepada suami mereka..." (An-Nur ayat 31)

"...Allah itu cantik dan sukakan kecantikan..." (Sahih Muslim)

Saya berpegang dengan ayat ni aje untuk berfesyen. Asalkan bila pandang cermin jangan lupa ucap syukur dan niat berpakaian menutup aurat semata-mata hendak mendapat redha ALLAH.

Saya suka sangat melihat muslimah-muslimah cantik bergaya tetapi pada masa yang sama mengikut syariat Islam.. :).. so sweet..

antaranya...

google image
Ustazah Fatimah Syarha...membuktikan bertudung labuh tetap nampak cantik.. :)

Kak Diana Amir...Pelakon yang berhijrah ke arah kebaikan..elok je menutup aurat dan menepati syariat..

Ok, yang ni semua orang tau dah...boleh contohi gaya kak heliza..

Try jenguk2 tutorial tudung adik dena ni pakai kat youtube...tudung bidang 45 pun boleh jadik labuh.. :) 

Semua ni contoh pilihan saya dalam berfesyen..Ada je ramai lagi, cuma yang ni antara contoh sahaja. So, tak salah berfesyen asalkan berpaksikan syariat..

Prinsip Islam adalah mudah dan tepat. Walau apapun isunya, selagi ia tidak bercanggah dengan prinsip asas ajaran Islam, maka ia boleh digunapakai dan boleh diterima. Islamkan telah mewariskan para ulama sebagai pengganti nabi dalam menentukan halal haram sesuatu perkara berdasarkan al-Quran, Hadis, Ijmak dan Qias serta beberapa dalil lain yang disepakati. Melalui sumber-sumber rujukan utama Islam inilah yang menyumbang kepada fleksibelknya agama Islam.. :)