Jun 13, 2011

Review Bumi Cinta

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, akhirnya selesai juga saya membaca novel Bumi Cinta karya Habiburrahman El-Shirazy. Bagi saya novel Islam seperti inilah yang saya rasa tidak sia-sia jika membacanya jika hendak dibandingkan dengan novel-novel cinta yang hanya memaparkan kisah cinta antara dua insan. Novel yang bercirikan Islamik inilah mampu membangun jiwa pemuda kini yang kian dahagakan tarbiyah. Jadi, hilangkanlah dahaga tarbiyah itu dengan mengisi bahan-bahan bacaan yang memanfaatkan. Novel setebal 721 muka surat ini memang tidak mengecewakan pembacanya termasuk saya. Pelbagai isu yang dikupas berkenaan dengan umat Islam moden. Memang tidak merugikan!!! 

Sinopsis:

Muhammad Ayyas, seorang pemuda yang betul-betul menjaga dan mempertahankan imannya di bumi Rusia. Pelbagai rintangan dan cabaran yang terpaksa dihadapi Ayyas. Dia membuktikan bahawa selagi iman dan takwa kekal kental, kita berupaya menangkis segala rintangan yang Allah beri.  Muhammad Ayyas merupakan pemuda Islam yang berasal dari Indonesia datang bermusafir di Rusia kerana hendak menghasilkan tesisnya berkenaan dengan Sejarah Islam di Rusia dengan mengfokuskan pada kehidupan umat Islam di zaman pemerintahan Stalin dengan bantuan Profesor Abramov Tomskii dan Doktor Anastasia Palazzo di Lomonosov Moscow State University (MGU). Di Rusia, Ayyas sewa di sebuah apartmen yang mana dia terpaksa tinggal bersama dua orang perempuan Rusia yang bernama Yelena dan Linor. Namun iman dan kata hatinya tetap meminta Ayyas untuk mencari tempat yang sesuai untuk dia tinggal.  Buat sementara waktu, Ayyas terpaksa tinggal bersama Yelena dan Linor kerana dia perlu menyiapkan tesisnya. Di sebalik, wajah cantik Yelena dan Linor terdapat seribu satu cerita silam yang menyelubungi diri mereka. 

Yelena merupakan pelacur kelas atasan yang tidak mempercayai adanya Tuhan. Dia pernah menganut banyak agama termasuk Islam! Namun, dia tetap tidak mempercayai Tuhan sehinggalah dia ditimpa musibah di mana pelanggannya cuba membunuhnya dan membuang Yelena sendiri di pinggir kota Moscow yang sejuk dengan suhu -13 dan boleh mmbawa maut jika tidak memakai baju yang sesuai. Ketika Yelena tidak bermaya, mengalami kecederaan yang hampir meragut nyawanya dan tersadai di pinggir kota Moscow yang tidak henti-henti menurunkan salji tanda patuh pada arahan Allah, Yelena yang tidak percaya adanya Tuhan akhirnya menyebut juga nama Tuhan agar menyelamatkannya. Manakala Linor pula merupakan seorang Egen Perisikan Zionis Yahudi yang licik dibawah kuasa pemerintah Yahudi. Linor seringkali memperdayakan umat Islam dan mempunyai agenda tersendiri untuk membuatkan umat Islam dianggap sebagai pengganas oleh seluruh penghuni bumi lebih-lebih lagi penduduk Palestin. Muhammad Ayyas merupakan salah seorang mangsanya. Walhal, Linor sendiri tidak sedar bahawa dirinya sebenarnya merupakan seorang warga Palestin yang telah membunuh beribu-ribu penduduk Palestin hasil dari kekejamannya bahkan ibunya sendiri dibunuh dengan kejam oleh askar Zionis Yahudi yang tidak berkemanusiaan.

Bagi saya, buku ni memang sarat dengan ilmu pengetahuan berkenaan dengan Islam itu sendiri, sejarah Moscow, pengajaran dan juga dorongan yang mampu mengubah jiwa kita untuk lebih yakin tentang keesaan Allah. Antara pengetahuan baru yang saya perolehi ialah berkenaan dengan Kem Pelarian Shabra & Shatila, Ejen Perisikan Zionis Israel di setiap penjuru negara dan secara tidak langsung saya merasakan karya Habiburrahman ini telah mengajar dan membuka mata saya bagaimana caranya berhadapan dengan pelbagai golongan manusia dari pelbagai agama dan freethinker seperti Nietzsche dan Viktor Murasov. Bukan itu sahaja, bahkan buku ini juga menceritakan secara mendalam bagaimana kekejaman yang dilakukan semasa pemerintahan Stalin dan Lenin di bumi Moscow. Buku ini juga menjawab pelbagai soalan-soalan cepu mas berkaitan dengan agama Islam yang kita sendiri sebagai penganut agama Islam tidak terfikir seperti benarkah amalan ritual yang dilakukan oleh umat Islam, iaitu solat dianggap primitif??? 

Paling terkesan bagi saya bab 30 - Kau lah bayi Palestin itu. Pembunuhan beramai-ramai di Sbra dan Shatila. Tanpa mengira usia, kanak-kanak, wanita mahupun warga emas dibunuh dengan teramatlah kejam. Tak dapat digambarkan bagaimana terseksanya pelarian Palestin di Kem Sharba & Shatila pada 1982 itu. Bila difikirkan balik, adakah aku ini seorang yang ambil berat pada saudara Islamku di luar sana? Adakah aku betul-betul ambil tahu keadaan saudara Islamku? Tiba-tiba teringat pula kata Imam Nawawi - Mereka yang tidak ambil tahu akan keadaan umatnya, merka bukanlah sebahagian daripada mereka! Dan sungguh, hanya Allah sahaja pemilik mutlak HATI manusia! Biarpun sejahat mana seorang manusia, andai Allah mengetuk dan membuka hatinya kearah kebaikan, tiadalah dilambatkan walau sedetik. Itulah yang terjadi pada diri Linor. Sungguh, semuanya telah tertulis di luh mahfuz , sejak azali lagi. Rujuk surah Al-Hajj , ayat 70. Pintu taubat itu sentiasa terbuka. Bertaubatlah sebelum pintu itu tertutup.

Memang benarlah, susah hendak menjaga IMAN jika ia rapuh. Oleh itu, jadikanlah iman dan takwa sebagai benteng pertahanan diri kita untuk berhadapan dengan dunia serba fana ini. Ingatlah, dari perjalanan awal hinggalah akhir seseorang insan itu adalah semata-mata menuju kepada Allah s.w.t., Tuhan Seru Sekalian Alam.

" Hai orang yang beriman, apabila kamu memerangi pasukan (musuh), maka berteguh-hatilah kamu dan sebutlah (nama) Allah sebanyak-banyaknya agar kamu beruntung. Dan taatlah kepada Allah dan RasulNya dan janganlah kamu berbantah-bantahan yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu dan  bersabarlah. Sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar. Dan janganlah kamu menjadi seperti orang yang keluar dari kampungnya dengan rasa angkuh dan dengan maksud riak kepada manusia serta menghalang (orang) dari jalan Allah. Dan (ilmu) Allah meliputi apa yang mereka kerjakan."
(Surah Al-Anfal, ayat 45-47)

Kesimpulannya, jika anda hendak merasai sendiri bagaimana seorang hamba Allah dapat terus berjuang mempertahankan keimanan, keyakinan dan akidahnya. Bacalah Bumi Cinta. Semoga ia bermanfaat. InsyaAllah!

2 comments:

aby said...

napa tk kahwinkan muhd ayyas tu dengan salah seorg pmpuan tu ...

sekurang blh lebarkan msg dakwah juga ..
dalam islam diharuskan lelaki islam berkahwin dgn wanita ahlil kitab, atas dasar dakwah, sbb anak2 yg dapat nanti akan berugama islam...
akan bertambah umat muhammad saw ..

bercakap psl iman,
mempunyai iman saja tidak cukup klu tk disetakan dgn amal ..
tanpa amal iman yg ada sekadar khutub khanah jer ..

gitu kot kira2 nya

nur khalilah hassan said...

huhu...mmg akhirnya Ayyas ada niat nk khwin dgn Linor..tp Linor kene tembak ngn sekutu dia sndiri..tp tak tau mati ke x Linor tu..Last citernye mcm trgantung sket..tp best cite ni..^_^