Assalamualaikum w.b.t.
Kalau kita sedih sebenarnya itu nikmat!
Kalau kita gembira pun sebenarnya itu nikmat!
MasyaAllah wa Subhanallah!!!
Walaupun kedua2 nikmat tu pun merupakan ujian, tapi kita tahu bila kita memerlukan dan meminta pertolongan bahkan mensyukuri sesuatu, pasti pada Allah jualah tangan kita tadahkan. Betul tak? Menulis blog ni pun nikmat jugak.eheh
Alhamdulillah, jika tahun Hijrah sudah masuk ke bulan kedua iaitu Safar. Sekarang tahun Masihi pula akan melabuhkan tirai untuk memasuki tahun 2013. Sedar tak sedar cepat je masa berlalu kan. Fuh. Dan tak sangka tahun depan juga merupakan final year saya belajar di IPG Kampus Darulaman sebelum ditugaskan ke mana-mana yang saya sendiri pun tak tahu untuk menjadi cikgu. InsyaAllah. Dan tahun depan jugalah saya akan bertarung dengan tesis, assignment, praktikum dan exam. fuh fuh. Student life, biasalah tu..semua yang bergelar student tak akan lepas daripada nikmat kesibukan sebegitu. Walhal dalam sibuk2 sebegitu pun student yang aktif masih lagi sempat berpersatuan, berJPP atau buat kerja2 sampingan lain. Itu semua pengalaman. Usrah eh?? Rindu kat usrahmates sngt dah ni. Usrah itu insyaAllah seumur hidup! Muslimah pedulikan ummah itu tiada sampingan2 ye..tak kan jenama Islam pun sampingan?? owh tidak!! kata full time Muslim. Dan tahun depan jugalah status akan bertukar?? oh, yang itu perlu persediaan yang mantap. Membina baitul muslim bukan sekadar hendak meriah semasa kenduri sahaja, tapi pengisian selepas itu juga perlu lah meriah. eh eh, tiba2 je kan cakap tentang baitul muslim. Tapi tak salah kan. Benda baik. ehem.
really miss this moment!
Okey, fokus kat entry ni sebenarnye nak gitau yg nikmat dan ujian saya terima sepanjang cuti ni... Alhamdulillah..tak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Hanya mampu diungkapkan dengan ungkapan 'ALHAMDULILLAH'. First, tentang result exam sem lepas especially untuk praktikum yang saya dah jalani sem lepas. Alhamdulillah..Allah permudahkan walaupun ada juga ujian yang melanda. Ada peningkatan. Tersenyum. dan said Alhamdulillah. Once bila kita lihat result exam yang menyatakan 'Lulus. Teruskan Pengajian'.., itu pun sebenarnya nikmat Allah beri kat kita. So, tindakan?? perlu berusaha dan berusaha dan berusaha untuk final year! yeah. TQ ALLAH. And these are from my pupils..
How sweet... surat2 cinta dan hadiah daripada anak2 murid semasa praktikum.
Dan lagi satu nikmat semasa cuti..??ahh..malu hendak fokus terhadap itu. Alhamdulillah everything went smoothly. InsyaAllah will be update soon. Tapi biarlah bila dah betul betul confirm k, baru update. Selagi belum confirm, selagi itu kita masih punya jarak dan batas. So, jangan ngada2 nak update lebih2.!
Thanks aina. picture edited by her. :)
Dan...lagi satu nikmat?? hehe..banyak sebenarnya, bukan satu.. Ianya adalah ukhuwah.! Gembira tak terkata dapat jumpa sahabat baik yang saya rindu ketat2. Farahim & Atiyah. Dan..sahabat baik saya yang sudi menemani saya semasa di sana. Aina. Fazlin. Jannah (Jannah x dapat datang last minute, tapi teringin sangat nak p..ya.sangat hargai yang itu). Dan..sahabat baik saya yang mendoakan dari jauh. Thanks sahabat. :) (Tersenyum lebar). Dan...actually my bestfriend, farahim have made me a video about us..so suweeett.. ^_^
cats wif us lah faim!
Dan..Family..ya ia antara nikmat besar buat saya.. Alhamdulillah..Mama, ayah, kaklong, adik, mak sedara, ayah sedara and cousin sangat supportive..Family always number one. Alhamdulillah... Mereka lah orang kuat membantu saya. Nasihat mereka pun memang tak jemu lah mendengar lebih2 lagi mama..hehe.. :)
Mama.. :)
Okey, till then..conclusion, nikmat dan ujian itu kurniaan Allah.. :)
Moga nikmat yang saya, awak, kamu, kita semua dapat ni tak hilang dengan perlakuan maksiat dan diikat dengan ketakwaan. InsyaAllah.
Diceritakan bahawa seorang Badwi masuk menemui Harun ar-Rasyid lalu berkata:
"Wahai Amirul Mu'minin. Moga-moga Allah mengekalkan nikmatmu sekarang dengan kamu sentiasa mensyukurinya. Moga-moga Allah mengurniakan nikmat yang kamu harapkan dengan kamu bersangka baik terhadap-Nya dan sentiasa mentaati-Nya. Moga-moga Allah akan mengenalkanmu kepada nikmat yang kamu kecapi sekarang tetapi kamu tidak mengetahuinya agar kamu mensyukurinya."
-Ibnul Qayyim al-Jauzi- Copied and resource
Sekian, wassalam.
5 comments:
shabat.. dh engaged ker??
:)..insyaAllah tiba masanya sy jmput jarn.
alhamdulillah..tahniah ila!..he he..terkejut juga tgok gmbar kecil ila tu..alhamdllah..nnt kenduri walimah jmput ye..knduri akad nikah pun jmput taw..insyaAllah..kalu diberi keizinan, paah dtg..insyaAllah..tahniah!.:)
paah> insyaAllah..msti kene jemput paah..hehe..tq paah! :)
Post a Comment