Jun 13, 2012

A Moment to Remember

Assalamualaikum w.b.t.

Kalau ikutkan hati, memang niat hendak meng'update' tentang program A Moment to Remember usai sahaja program tersebut tamat. Tapi, apakan daya, kekangan masa yang agak terbatas. Jadi, agak lambat untuk update berkaitan program tersebut. Syukur Alhamdulillah, diri ini masih diberi kesempatan untuk mengikuti majlis ilmu. Lebih istimewa lagi majlis ilmu ini dihadiri oleh semua muslimah. Saya sangat suka melihat muslimah-muslimah yang ayu cara pemakaiannya, tudungnya, wajahnya apatah lagi. Subhanallah. Cantik ciptaan Allah. Sebab itu muslimah perlu menjaga maruah dirinya.

Bercerita tentang program A Moment to Remember, ia dianjurkan oleh One Heart Creative Solution serta membawa dua orang panelis yang sangat cantik dan bermotivasi dalam kehidupan mereka, iaitu Oki Setiana Dewi (OSD) dan Wardina Safiyyah (kak Dina). Dari mula-mula melihat perubahan kak Dina, memang saya yakini bahawa perubahan beliau bukan saja2, tapi perubahan ke arah muslimah yang lebih baik. Saya sangat kagum dengan kak Dina kerana beliau menggunakan kebolehannya dalam berkata-kata dan bercerita untuk menyampaikan dakwah. Paling tak sangka hati kak Dina sejiwa dengan saya! tanpa usrah, hidup ini kosong. Katanya, dengan usrahlah kita dapat bergaul dengan orang-orang yang solehah seolah-olah mereka adik-beradik kita yang sentiasa mengingatkan kita ke arah kebaikan. OSD pula, siapa yang tidak pernah menonton filem Ketika Cinta Bertasbih, sila nonton sekarang ya. Ya, saya sangat suka filem tersebut! rupa-rupanya OSD memang bertudung sewaktu berlakon dalam filem KCB. 

Sebelum program bermula, agak lambat sedikit. Tiba-tiba mc cakap ada masalah kelewatan sedikit sebab panelis mungkin ada hal sedikit. Dalam hati saya sedikit mengeluh 'dah hampir satu jam menunggu'. Kemudian, mc tiba-tiba pula berkata 'ada sesiapa tak yang nak buat persembahan, angkat tangan.' Hati saya pula mengeluh lagi 'Lambat sangat ke OSD ngan kak Dina nak datang ni sampai minta audience buat persembahan'. Allah, sebenarnya tak elok mengeluh.! Dalam proses untuk berubah! 

Tiba-tiba mc berkata 'Ha, yang kat belakang tu angkat tangan. Nak buat persembahan apa? sila datang ke hadapan.' Semua audience berpaling ke belakang. Siapa yang berani nak buat persembahan ni. Hati saya terdetik. Lihat sahaja sekujur tubuh datang kehadapan dengan membaluti tubuhnya dengan jubah hijau dan berpurdah, hati saya yakin menyatakan yang itulah OSD! Pihak penganjur saja nak buat gimik agaknya. :) OSD mengangkat tangan sambil datang ke hadapan dan membuka purdahnya. Subhanallah, cantik sekali orangnya. Saya yang lihat ni pun cair. OSD terus membacakan sajak dengan penuh perasaan dan...ya, beliau menangis dihadapan kami. Semasa membaca sajak, tangannya sesekali menyeka air matanya. Bukan sedih sebab datang lewat, tapi sedih sebab isi yang terkandung dalam sajak tersebut. Saya sendiri pun tersentuh apabila mendengar. Memang tersentuh! 

Kemunculan kak Dina juga dinanti-nantikan audience, kak Dina memperdengar bacaan surah an-Naziat bersama-sama dengan anaknya, Amna. MasyaAllah, sangat merdu sekali. Ya, saya suka sangat bacaan mereka. Tiba-tiba hati ini terdetik untuk berharap sangat agar dapat mengalunkan ayat al-Quran seperti itu dengan tajwid yang betul. Hati ini nekad! Al-Quran lah yang akan menerangi kita semasa dikubur dan peneman kita semasa di padang mahsyar. Mulai detik ini, marilah sama-sama kita jadikan al-Quran sebagai teman sejati kita.

Sidang hadirin yang kesemuanya muslimah
gambar pinjam drpd One Heart Creative Solution

OSD, mc dan kak Dina serta anak-anaknya.
Talk yang sangat santai
Kagum dengan kak Dina sebab kemana-mana majlis ilmu yang dihadirinya, dia bawa anaknya sekali.

Program ini lebih menumpukan pada kisah hidup OSD dan kak Dina serta bagaimana perubahan mereka membawa pengertian bermakna dalam kehidupan mereka, iaitu dalam perjalanan mencari cinta Allah. 

Cerita OSD yang menarik perhatian saya, katanya dia mula bertudung pada tahun 2005, iaitu semasa usianya 16 tahun. Oki sangat suka berlakon katanya, sejak kecil lagi dia bercita-citi untuk jadi pelakon hingga sanggup meninggalkan kampung halamannya di Batam untuk ke Jakarta dan menghadiri beberapa audition untuk menjadi pelakon. Tetapi sepanjang dia menjalani audition, dia belum bernasib baik untuk diterima menjadi pelakon. Semasa dia berada di Jakarta, ibunya sakit kulit yang kronik sekali dan memerlukan kos rawatan yang mahal. Tatkala itulah dia bermuhasabah dan berdoa pada Allah serta berubah untuk menjadi muslimah yang sejati. Ketika itulah dia mula bertudung. Dan pada masa dia bertudung itulah tiba-tiba sebuah syarikat produksi melamar dia untuk berlakon dan memerlukannya untuk tidak bertudung. Oki dengan tegasnya menyatakan dia sudah bertudung dan tidak akan membuka tudung semata-mata untuk berlakon. Tatkala itulah, pengarah produksi yang menelefon Oki berkata 'kamu tak akan kemana-mana dengan tudung kamu itu.' Tatkala dia memerlukan wang untuk merawat penyakit ibunya dan tatkala dia mula bertudung, tiba-tiba datang satu produksi yang menawarkannya berlakon dan dia menolak untuk berlakon adalah satu tindakan yang mulia. Rezeki Allah itu sentiasa ada. Katanya semasa di berada di universiti, tiba-tiba rakanya datang dan menyatakan ada produksi yang mengadakan audition untuk berlakon cerita islamik, iaitu Ketika Cinta Bertasbih. Dia mencuba audition tersebut dan Alhamdulillah dia diterima dan ditawarkan peranan yang utama dalam filem tersebut. Filem yang mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.

Tentang cerita kak Dina pula, kak Dina kata boleh tengok di you tube ini kisahku. Tapi ada sesuatu yang menarik saya nak kongsikan disini, iaitu kata-kata kak Dina.." Kita tak kan rasa manisnya iman jika kita rasa manisnya dosa" Ya, Allah..jauhilah aku daripada golongan yang terleka. Moga kita dijauhkan. Ye lah, bila kita terleka memang kita tak sedar kan betul ke tidak apa yang kita lakukan. Menurut kak Dina lagi, cari lah role model yang boleh membawa kita pada cinta Allah. Sebenarnya banyak role-model yang boleh kita jadikan contoh untuk kita ikuti. Tak semestinya pada masa sekarang, tapi pada zaman Rasulullah s.a.w.. So, nasihat kak Dina, rajin-rajinkanlah diri membaca dan mencari tentang kisah-kisah serikandi Islam pada zama dahulu yang boleh kita jadikan role model untuk perubahan yang lebih baik. Ramai sebenarnya. Kita sahaja yang buat tak kisah. Hati ini nekad hendak memperbanyakkan bacaan tentang mujahidah-mujahidah Islam yang tak kenal penat lelah mempertahankan Islam. Kata kak Dina 'Orang pertama yang peluk Islam adalah Siti Khadijah, orang yang pertama syahid adalah Sumaiyah'. Kedua-duanya wanita. So, why we as a muslimah does not take the advantages to discover more about Islam. Tiada istilah Islam merendahkan hak wanita. Bahkan Islamlah yang menaikkan martabat wanita.

"Semakin kita belajar, semakin banyak kita rasa ilmu yang kurang"
                                                                                         -Wardina Safiyyah-

"Sehari kita berikrar 5 kali : Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, matiku, hanya kerana Allah. Jangan hanya berikrar sahaja, tetapi teliti maknanya dan sampaikanlah pada orang lain juga (dakwah).
                                                                                          -Oki Setiana Dewi-

Keseluruhannya, program A Moment to Remember ini memang banyak memberi kesan rohani pada saya. Terima kasih One Heart Creative Solution kerana beri kami, muslimah-muslimah yang menghadiri program tersebut, satu resolusi bidadari firdausi.. InsyaAllah, saya ingin berubah menjadi sebenar-benarnya muslimah. One step closer.. Closer into my heart. Only God knows.

Sekian, terima kasih kerana membaca, wassalam. ^^
                                                                                                   Hamba Allah,

3 comments:

Nurra said...

Salam wbt! :) thank you for sharing this beautiful post. Entah macamana boleh menitis airmata ketika mmbaca entri ni... tersentuh hati... saya juga ingin berubah untuk menjadi muslimah yg baik ameen.

atisha said...

assalamualaikum..ada gambar oki berpurdah x?kalau xkeberatan tlgla upload.tq

nur khalilah hassan said...

> insyaAllah..kita sama2 cuba yg trbaik mnjadi muslimah yg lebih baik pd pndangan Allah dn Rasul.. T_T

atisha> maaf sangt2..gmbr oki brpurdah x sempat ambil..