Apr 21, 2012

Bulatan Gembiraku

Assalamualaikum w.b.t.

Tiba-tiba sahaja diri ini terpanggil untuk menulis tentang usrah. Ada yang menggelarkannya 'bulatan gembira'. Alhamdulillah diri ini masih lagi dibawah madrasah tarbiyah yang dinamakan USRAH. Hampir 3 tahun saya melalui jalan tarbiyah ini dan saya sentiasa doakan agar madrasah yang saya pilih ini berterusan hatta saya sudah berkahwin dan mempunyai anak satu hari nanti. 

Sejujurnya saya katakan, walaupun bersekolah agama dan mengambil aliran agama, tetapi kalau setakat hanya mempelajarinya untuk lulus peperiksaan sahaja tanpa mengamalkannya tiada gunanya juga. Di sekolah, saya tidak pernah merasai kemanisan berusrah seperti berada di IPG ini. Tak tahu kenapa, mungkin sebab saya tidak mencari sewaktu berada di sekolah dan apabila berada di sini (IPG), dengan adanya sahabat yang prihatin, alhamdulillah saya bertemu juga madrasah tarbiyah sebenar saya. 

"Sibuklah, banyak homework and assignment kena buat"

"Habislah study kalau join semua tu. Kalau tak lulus exam macam mana?"

"Ala, solat, puasa, tutup aurat and buat perkara wajib pun dah cukupkan"

"Yang penting niat kita, tak dapat join usrah, tapi just baca info tentang agama di internet pun ok apa."

Dan...bermacam-macam lagi alasan yang diberi jika hati tidak terlekat pada madrasah tarbiyah ini. Apapun alasan yang diberi, kita perlu ingat, sibuk mana pun, busy mana pun dengan urusan dunia ni, satu hari nanti kita pasti akan meninggalkan dunia ini juga. Ya, memang dunia dan akhirat sama penting. Tapi, alangkah indahnya jika kehidupan dunia yang kita sibukkan ini bukannya dijadikan fokus utama dan matlamat kita, bahkan menjadikan ia medan jaringan untuk menemukan kita dengan cinta Allah. Dalam erti kata lain, dalam kita mengejar dunia, akhirat juga perlu dikejar.

Sepertimana maksud sebuah hadis Rasulullah yang bermaksud : 

"Bekerjalah kamu seolah kamu akan hidup 1000 tahun lagi, dan beribadahlah kamu seolah olah kamu akan mati pada esok hari" 

Firman Allah SWT dalam suah Az-Zariyat ayat 56 :

Maksudnya: “Tidaklah Aku jadikan jin dan manusia, kecuali agar mereka beribadah kepada Ku”
Sewaktu program rehlah bersama-sama adik-adik usrah di IPG Kampus Darulaman

Dan..seperkara lagi, memang sebagai seorang muslim, memenuhi rukun Islam sudah cukup untuk kita. Tapi, kita kena ingat, adakah kita hanya beramal sorang-sorang. Adakah kita hendak memasuki syurga sorang-sorang. Adakah kita merasakan diri kita cukup sempurna dengan hanya memenuhi perkara tersebut tanpa memikirkan sebenarnya skop ibadah itu amatlah luas. Apa yang ingin saya katakan di sini, ibadah kita sebagai seorang muslim dan mukmin amatlah luas terbentang dari pelbagai aspek tarbiyah. Sama juga halnya dengan menyatakan yang penting niat kita, tetapi kalau hanya niat sahaja tapi tidak disusuli dengan perbuatan tidak berguna juga. Tepuk dada tanyalah iman.

Ya, dahulu saya juga seperti itu. Teragak-agak dalam memilih jalan ini. Hanya memikirkan diri sendiri sahaja. Hanya memikirkan hal dunia sahaja. Namun, saya bersyukur sangat dipertemukan sahabat yang sedia menghulurkan tangan untuk turut serta di jalan ini dan meyakinkan diri ini bahawa perjuangan dakwah bukan hanya kita seorang sahaja, tetapi ianya melibatkan sahabat-sahabat yang terbentuknya ukhwah fillah yang memahami matlamat kita diciptakan dan kami disatukan di dalam BULATAN GEMBIRA ini.

Saya ingat lagi pada kata-kata murobbi saya dahulu, mak cik Ton, isteri kepada salah seorang pensyarah saya; Indahnya Allah ciptakan hambanya yang Islam sebagai bersaudara antara satu sama lain. Kekalkanlah talian ukhwah ini hingga syurga.

Bukan itu sahaja, dalam usrah juga pelbagai aspek keagamaan dibincangkan seperti tafsir, hadis, isu-isu semasa dunia Islam, dan banyak lagi. Terus terang saya katakan, saya seronok dan bahagia dengan madrasah tarbiyah ini. Dan akan teruskannya walaupun sudah berkahwin kelak. Bonusnya kita sebagai seorang guru adalah kita mudah untuk mencari mutarobbi (anak-anak usrah) kita sendiri walaupun dalam kalangan anak-anak murid sendiri.

Saya bukanlah seorang yang cukup sempurna untuk memperkatakan tentang landasan dakwah ini dan saya juga bukan seorang yang mempunyai banyak ilmu agama untuk menulis tentang madrasah ini. Saya hanyalah hamba biasa yang turut terpanggil untuk bercerita tentang keseronokan berUSRAH dan dalam pada masa yang sama ia merupakan jalan perjuangan untuk saya memperjuangkan agama Allah yang hanif. Ya, perjalanan dakwah saya masih lagi jauh. Namun saya mahu mencari kesempurnaan itu. Terima kasih Usrah dan keluarga bulatan gembira ku! Terima kasih kerana mengingatkan! Quran kini dibawa kemana saja saya pergi, saya mula membaca dan menghafal ayat Quran kembali. Dan banyak lagi cabaran yang perlu dihadapi. Moga Allah tetapkan hati saya untuk istiqamah dalam jalan ini.

Sahabat seperjuangan bulatan gembira di IPG Kampus Darulaman
penulis merupakan jurugambar :-)

p/s 1: kata-kata naqibah saya, kalau dah berkahwin dan ada anak kecil, jangan jadikan anak sebagai fitnah untuk kita menjauhkan diri daripada Allah. Tak salah bawa anak ke usrah kita dan majlis-majlis agama. Kerana untuk melahirkan seorang ulama dan pejuang Islam adalah bermula daripada ibu yang mengandungkan anak tersebut.

p/s 2: Serius, jiwa kosong tanpa bulatan gembira!^_^..

p/s 3: Jom, lihat gambaran keseronokan berUSRAH. klik je..:)

Sekian, wassalam.

No comments: