May 30, 2012

Sebelum keluar, make sure...

Assalamualaikum w.b.t.

Salam satu ummah semua! ^^

Cuti-cuti sekolah ni tak tahu sangat nak buat apa, lebih banyak menghabiskan masa dengan family, sahabat lama dan berhibur dengan kucing kesayangan dan baca buku yang baru beli semasa di pesta buku antarabangsa tempoh hari. Alhamdulillah, tempoh hari juga baru sahaja balik ke kampung melawat atuk kesayangan.

Berbalik kepada tajuk utama entry saya ni, selalunya sebelum kita keluar rumah, apa yang kita buat ye..pakai bedak, pakai baju cantik-cantik, lihat pada gaya bertudung dan sebagainya. Apa pun tak kisah jika ingin bergaya, tetapi asalkan biarlah berpada-pada dan yang paling penting..sebelum keluar tu, make sure cik adik manis yang muslimah perlulah menutup aurat berdasarkan kod undang-undang pemakaian yang Allah telah  wajibkan pada kita.. :)

Okey, sebelum keluar rumah, make sure :

1) Baju yang cik adik manis pakai pastikan ia longgar dan tidak ketat. Pastikan tak ketat dan melekat pada tubuh. Dan lebih manis memakai pakaian yang labuhnya hingga bawah punggung. Bukan apa, walaupun sekarang banyak fesyen-fesyen yang tutup tubuh badan, tetapi ia tidak sepenuhnya menutup aurat. Hanya membalut badan semata-mata. Bagi cik adik manis yang memakai lengan pendek, lebih-lebih semasa keluar bersukan, pastikan cik adik manis memakai inner dan inner tersebut biarlah yang longgar serta tidak menampakkan bentuk tangan cik adik manis yang lawa tu. Ye lah, bila dah lawa, semestinya kita nak pelihara ia elok-elokkan. Jadi, pastikan, pakaian cik adik manis semuanya  longgar dan tidak ketat.

2) Bila dah keluar, mesti cik adik manis suka pakai tudung ikut macam-macam fesyen kan? Ada yang style Hana Tajima, Dian Pelangi, Shawl yang pusing sana pusing sini. Memang tak nafikan, semuanya sangat manis bila dipakai. TAPI, pastikan tudung-tudung yang macam-macam gaya cik adik manis pakai manutupi dan labuh hingga menutupi dada cik adik manis. Tak salah menggayakan macam-macam style tudung, cuma gaya-gaya tersebut lebih 'cute' dan comel jika kita pakai menutupi dada dan labuhkan ia bawah dada.

3) Perhiasan-perhiasan yang cik adik manis pakai kalau boleh janganlah berlebih-lebihan hingga mengundang rasa riak pula. Elakkan daripada terlalu memakai sesuatu yang boleh menarik perhatian kaum Adam. InsyaAllah, saya pasti mesti cik adik manis hendak menunjukkan perhiasan-perhiasan tersebut pada suami cik adik manis kelak kan. Lebih mesra kalau kita hanya menunjukkan perhiasan yang kita ada untuk mencantikkan diri kita hanya pada suami kita sahaja kan.. ^^

4) Pakaian dan tudung yang cik adik manis pakai pastikan tidak jarang dan boleh nampak dalam. Bila memilih pakaian dan tudung, tak mau yang jarang-jarang ya. Tak manis pula bila cik adik manis pakai yang jarang. Kan cantik pakaian yang kita pakai tidak menampakkan anggota tubuh badah kita. Lebih-lebih lagi tudung, pastikan tudung yang cik adik manis pakai tidak menampakkan leher dan rambut cik adik manis. Biarlah rambut yang juga mahkota kita hanya diperlihatkan oleh suami kita kelak. Sweet kan begitu.. :)

Nasihat ini, bukan hanya untuk cik adik manis je tau, tapi untuk mereka yang telah berkahwin juga dan semua yang merasakan dirinya muslimah yang berpegang teguh pada ajaran Allah..

Tak susah pun kan nak pastikan semua ni bila keluar rumah. Senang sahaja. Sebab takut menjadi susah apabila diri kita tidak tahu hendak menjawab apabila berada di akhirat kelak. 

"Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang." Al Ahzab : 59.

"Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya." Riwayat Bukhari dan Muslim.

"Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya." Riwayat Al Bazzar. "Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah." Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

psssttt.. Nak tahu tak, orang perempuan nampak sweet sangat kalau tutup aurat dengan sempurna..dan..bertambah sweet lagi dihiasi dengan cantik akhlak peribadinya..^^

Sekian, wassalam

No comments: