May 31, 2012

Ayat-ayat dalam hati ada taman..^^

Assalamualaikum w.b.t.

Sedang-sedang berblog walking, tiba-tiba terjumpa pulaklah artikel yang sangat menarik bagi saya dari tuan empunya blog Angel Pakai Gucci. Ayat-ayat dalam hati ada taman? Bukan nak mengayat-ayat cinta pada girls or boys ye. That is haram okey. Baik pergi terus bawak parents dan merisik lepas tu mengayat la macam mana pun asalkan niat nak membina baitul muslim. Tapi yang saya maksudkan ni nak mengayat insan-insan untuk sama-sama berada dalam jalan dakwah. Insya-Allah. Moga ia juga berguna pada saya dan sahabat-sahabat.

[Kredit]

Hati manusia adalah sesuatu yang sangat misteri. Oh saya tidak bercakap tentang seketul hati yang anda boleh lihat menerusi imbasan X-Ray atau skan CT itu, bukan. Tapi seketul hati ghaib yang hanya Allah sahaja tahu rupa dan kedudukannnya yang sebenar.

Mengapa misteri? Kerana hanya diri sendiri dan Allah sahaja yang tahu apa isi hati kita; bilamana kita berbicara, ketika hati kita menangis hiba, tatkala hati kita tertawa gembira.. Ia adalah suatu misteri yang hanya kita dan Allah sahaja yang benar-benar memahaminya.

Namun saya amat yakin dan percaya, setiap hati ada kunci untuk membukanya. Dan setiap hati mempunyai kunci yang berbeza-beza untuk membuka dan meneroka khazanah rahsia yang terkandung di dalamnya. Anda tidak boleh menggunakan kunci yang sama untuk membuka dua hati yang berbeza! Dan antara kunci yang boleh membuka hati (Baca: Membasahkan hati sampai cair) adalah dengan kata-kata manis seiring dan sejalan, seindah bunga di taman ewaaahhh! Err.

Maka tidak hairanlah novel-novel tangkap cintan begitu laris di pasaran kerana berkuasanya ia dalam menyentuh hati-hati di luar sana. (Sayugia secara otomatiknya tisu poket juga laris di pasaran kerana begitu banyaknya digunakan oleh pembaca novel jiwang untuk mengelap mata. Wahahaha..). Kata-kata yang kena mata kerbau (Baca: Bull's eye) pada hati, pasti akan membuatkan hati tewas lantas tunduk menyembah pada si pemilik kata-kata. Silap haribulan, jantan tulen macho tahap gaban pon boleh tangkap leleh...! Ahah!

Maka tidak hairanlah sekali lagi, apabila kita membaca kisah-kisah sahabat, kita akan mendapati ramai di kalangan mereka yang tunduk kepada Islam setelah mendengar ayat-ayat tangkap chentan dari Allah. Antara sahabat-sahabat yang menjadi 'mangsa' kepada kehebatan kata-kata menggugah jiwa ini termasuklah 'Umar al-Khattab, Thufail bin 'Amru ad-Dausi dan ramai lagi. Ayat-ayat chenta agung yang dinukilkan oleh Tuhan Yang Maha Penyayang dan Maha Pengasih itu mampu mencairkan hati-hati mereka yang ikhlas mencari kebenaran, walaupon dahulunya mereka adalah manusia yang paling jahil dan jahat sekali.

Alangkah! Alangkah hebatnya bait-bait kata yang disusun dengan begitu rapi dan berseni sehingga mampu mengguggah dan menggoncang jiwa dan hati! 

Arakian mengambil ibrah daripada berkuasanya kata-kata dalam membuka pintu hati-hati untuk menerima masuk kedatangan Mak Cik Hidayah, saya ingin berkongsikan beberapa kata-kata dalam hati ada taman, mengikut situasi dan keadaan masa kini, dengan harapan sekiranya diamalkan dengan penuh komited lagi bersungguh-sungguh, dapatlah anda menyentuh hati-hati di luar sana dengan izinNya, biidznillah. 

Anda bersedia..? (Takutnya silap haribulan nanti hati anda yang tersentuh! Hihihih..) Jeng jeng jeng...

Situasi 1: Nak ajak orang solat berjemaah

Ayat Lapuk: "Weyh Sulaiman bin Selamat. Jomlah kita pergi solat berjemaah! Kau tahu tak zaman Nabi dulu, siapa yang tak nak pergi solat berjemaah masa Subuh, Nabi bakar atap rumah dia..?? Solat jemaah dapat 27 kali ganda pahala tau..?? Antara sehinggit dengan dua puluh tujuh hinggit, yang mana satu yang kau nak..?? Jom jom..!!"

Apa Kata Inche gabbana: Ayat intimidasi bercampur dengan tawaran sebegini tidak lagi berkesan, terutamanya untuk mereka yang berhati batu bata. Dan pada mereka ini, apalah sangat beza antara dua puluh tujuh hinggit dengan sehinggit!

Ayat Taman: "Wahai Sulaiman bin Selamat, aku tak tahulah kenapa, tapi kan, sejak kebelakangan ni, hati aku tak tenang la kalau tak solat sebelah kau. Hati aku meronta-ronta, tak boleh nak khusyu' kalau tak berdiri dalam saf sebelah kau.. Haish.. Jom teman aku pergi solat..?"

Kesan yang dijangkakan: Mata rakan anda itu akan bertasik Baikal sambil mengeluarkan sinaran cerah bak rembulan terang, lantas menarik tangan anda laju-laju untuk ke masjid yang berhampiran.

Situasi 2: Nak tegur orang merokok

Ayat Lapuk: "Astaghfirullah Maria Mariana. Anda tahu tak merokok tu Majlis Fatwa Kebangsaan kata haram...?? Anda tak sayang nyawa ke..? Anda tahu tak menurut statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Zimbabwe, bla bla bla..."

Apa Kata Inche gabbana: Bosan. Kalau kena kat perokok tegar, senang-senang je dia bagi jelingan tajam ala-ala Puan Sabariah Mansor dalam filem Ibu Mertuaku.

Ayat Taman: "Maria Mariana, semenjak saya bersahabat dengan anda, saya dapat rasakan kedua-dua hati kita bertaut rapat, seolah-olahnya dua hati kita menjadi satu. Sebati. Abadi. Tapi sejak kebelakangan ni, macam dah tak rasa sangat benda tu. Mungkin sebab rokok yang anda hisap tu tak, dia menghitamkan hati anda lantas menyebabkan hati ini sukar lagi untuk berkasih mesra..?"

Kesan yang dijangkakan: Rakan anda akan terus mencampakkan rokok yang dihisapnya lantas berlari laju ala-ala heroin Hidustan memeluk anda. Eheh.

Situasi 3: Nak tegur orang berkapel berpegangan tangan

Ayat Lapuk: "Lahawla quwwata illa billah.. HARAM oii HARAAAMMM...!! Kamu berdua tak tahu ke, memegang kulit yang bukan mahram lebih hina daripada bersentuhan dengan babi..?? Dengan BABI...???"

Apa Kata Inche gabbana: Sekali lagi, cara intimidasi sebegini amat sukar menusuk hati, kerana pekatnya jahiliyyah dalam diri anak-anak muda sekarang ini. Anda pula yang akan dilabel sebagai kolot dan ekstrem nanti!

Ayat Taman: "Allah hai.. Cantiknya tangan, meh sini tangan kamu tu. (Mengambil tangan si lelaki sekiranya anda seorang lelaki dan sebaliknya sekiranya anda seorang perempuan). Subhanallah.. Lembutnya! Macam pegang sutera hah! Ni sapu losyen cap apa ni hari-hari? Sedap kan pegang tangan pasangan kamu tu, tapi alangkah lagi sedap dan nikmatnya kalau berpegangan tangan berlari-lari riang di sorga nanti.. Eh kamu berdua ni memang nampak macam merpati dua sejoli lah; dah kahwin ke ni..?"

Kesan yang dijangkakan: Si perempuan akan tersipu-sipu malu dan si lelaki pula akan menggaru rambutnya yang sememangnya penuh ketombe itu.  

Situasi 4: Nak ajak orang berbulatan gembira

Ayat Lapuk: "Zubaidah binti Ahmad Sukarji, malam ni kami nak buat Study Circle. Ala, duduk-duduk bincang-bincang. Ada makan-makan sikit. Mehla, ramai kawan-kawan awak ada malam ni!"

Apa Kata Inche gabbana: Study Circle..?? Wahahahaha.. Sumpah kantoi. Mungkin la yang diajak akan berminat, espeseli kalau memang dia budak baik@nerdy. Eheh. Tapi kamon la, cara ni dah ketinggalan zaman!

Ayat Taman (Untuk Perempuan): (Berlari-lari riang sambil buat muka teruja) "Ya Allah Zubaidah binti Ahmad Sukarji! Lama dah kita cari awak ni! Ya Allah tak terbayang betapa gembiranya hati ini melihat wajah awak yang ceria dan berseri-seri ni! Eh awak buat apa malam ni..? Kalau tak buat apa-apa dan percuma, marilah join kita. Kita ada girl talk malam, ala-ala pillow talk gittew! Best awak, ramai ada malam ni! Jom jom..?" (Senyum lebar-lebar dengan penuh ikhlas lagi bersungguh)

Ayat Taman II (Untuk Lelaki): "Weyy Shahril Khan, kau buat apa malam ni..? Lek dulu, isap okok dulu.. Aku tengok kau macam kacak la bro. Malam ni ada perhimpunan jejaka-jejaka macho dan kacak. Kalau ikutkan, kena lalui ujian kemasukan dulu. Tapi aku tengok kau ni, aish, memang boleh lulus dengan cemerlang ah! Ok, konfem dah kau boleh join! Amacam? Berminat..?" (Kontrol macho supaya tak nampak la anda teruja sangat. Eheh.)

Kesan yang dijangkakan: Anda akan lihat wajah teruja peringkat langit petala keenam, sambil mata bersinar-sinar ibarat anak kucing yang mahu bermanja sambil hidungnya yang bertambah saiz selebar tiga inci setengah.

Situasi 5: Nak pujuk hadek bulatan gembira yang kekurangan kasih-sayang

Ayat Lapuk: "Err... (Segan) Mizuhawa Osaka, anda ok tak ni..? Kenapa nampak macam muram je ni..? Marilah kongsikan dengan saya, apa masalah anda. Anda sihat? Mak ayah apa khabar..?"

Apa Kata Inche gabbana: Allah.. Ni macam tak pernah mengikuti kursus dakwah fardiyah je ni..? Ayat-ayat klise begini, anda akan dapat jawapan yang klise jugalah!

Ayat Taman: "Mizuhawa Osaka, saya nampak sejak kebelakangan ini, anda macam ada sesuatu nak beritahu je..? Anda segan sengan saya eh..? Ala, jangan risau, kasih-sayang saya melimpah-ruah, cukup untuk semua hadek-hadek bulatan gembira saya. (Ketika ini pastikan mata anda bersinar cerah dan berhubung terus dengan matanya, kalau boleh pegang tangan atau bahunya) Cuma yalah, cara saya menunjukkan kasih-sayang saya mungkin berbeza pada setiap orang. Yang pasti, saya sayang anda kerana Allah. Tahu..?

Kesan yang dijangkakan: Sama ada hadek itu akan cair dengan anda [antara simptom-simptomnya termasuklah bergenang air mata (untuk perempuan) atau tersipu-sipu malu sambil mengkontrol macho (untuk lelaki)] atau... Dia akan muntah hijau. Wahahaha..

Situasi 6: Nak nasihatkan kawan yang pemarah/emo

Ayat lapuk: "Apa nak jadilah dengan kau ni Borhan bin Bongek. Sikit-sikit nak marah, sikit-sikit nak emo. Kau tak pernah fikri ke perasaan orang lain bila mana kau marah? Cuba kau letak diri kau dalam situasi orang yang tengking, yang kau herdik tu. Apa perasaan kau..? Haih.."

Apa Kata Inche gabbana: Tengok orang juga. Kalau orang yang rasional dan ketika dia tengah tenang, mungkin berkesan. Tapi orang yang memang selalu marah-marah ni, selalunya masuk telinga kiri, keluar ikut pusat. Eh. Kena sentuh hati dia dengan kata-kata yang boleh melembutkan jiwa.

Ayat Taman: "Borhan bin Bongek, dah lama kita berkawan. Kau pon tahu betapa sayangnya aku pada kau, lillah. Tapi kan, setiap kali aku tengok kau marah-marah dan aku tengok orang yang kau marah tu, hati aku yang jadi remuk. Sayu sangat rasa hati aku ni. Macam kena pijak-pijak. Aku kasihan kat orang yang kau marah tu dan aku kasihan kat kau. Allah, kalaulah kau tahu betapa besarnya ganjaran Allah untuk orang-orang yang menahan marah dan memaafkan ni (Buka al-Quran zip anda cepat-cepat dan baca terjemahan surah Ali-Imraan, ayat 133-135). Aku nak masuk sorga sama-sama dengan kau Borhan bin Bongek..."

Kesan yang dijangkakan: Anda pernah memandu ke arah Utara menggunakan Lebuhraya Utara Selatan? Selepas R&R Tapah perasan tak ada air terjun mengalir deras turun dari sebuah bukit, di sebelah kanan lebuh raya..?

Situasi 7: Nak pujuk mak ayah yang belum faham lagi dengan kerja-kerja dakwah dan tarbiyah

Ayat Lapuk: "Daddy dan mummy ni tak fahamlah. Suzana minat nak buat benda-benda ni! Bukan benda jahat pon, benda yang Islamik jugak. Cubalah mummy daddy sapotif sket. Cuba tengok parents Sumayyah Arifah binti Hambali tu, sporting gile kot bila dia nak pergi bulatan gembira semua ni. Ish tak fahamlah..."

Apa kata Inche gabbana: Amboi, emo ke kak? Dah kalau diberi hujah yang emo, maka emo jugalah yang akan diterima nanti!

Ayat Taman: "Mummy, daddy, Suzana sayang gile kot dengan Mummy and Daddy. Suzana nak masuk sorga sama-sama dengan Mummy and Daddy. Sumpah. Dan Suzana nak jadi seorang anak yang solehah, supaya jadi penerang dan penyaman Daddy and Mummy dalam kubur nanti. Tapi nak jadi anak yang solehah, Mummy and Daddy kenalah bagi Suzana peluang untuk belajar Islam ni, supaya Suzana dapat jadi seorang muslimah yang sejati. Kenalah bagi Suzana pergi bulatan gembira semua tu, sebab dalam bulatan-bulatan sorga nilah Suzana diajar untuk jadi anak yang osem, yang taat pada Mummy and Daddy. Kalau tak percaya cuba bukak belog Angel Pakai Gucci, dia pon ada cakap benda yang sama..! (Dalam hati: Wahahahaha)"

Kesan yang dijangkakan: Si ayah akan mengurut misanya yang melentik itu sambil tersenyum dan berkata dalam hati, "Tak sia-sia aku hantar anak aku belajar tinggi-tinggi." Si ibu pula akan mengusap perutnya sambil menyeringai dan berkata di dalam hati, "Sejuk perut aku mengandungkan dia dulu." Hoyeeeaahhh!

Ok cukuplah dulu tujuh contoh yang diberikan, untuk anda berlatih menjadi manusia berbibir tebu, penuh bunga di taman. Risau pula nanti ramai yang mabuk chenta atau berbuih mulut akibat serangan chenta yang bertalu-talu. Ahah!

Tetapi percayalah, kata-kata yang manis lagi memaniskan, basah lagi membasahkan dan tenang lagi menenangkan, pasti akan mengusik jiwa-jiwa yang mendengarnya. Apatah lagi sekiranya kata-kata itu diungkapkan dengan penuh keikhlasan dan ketelusan, sekeras-keras hati pon akan lembut dengannya.

Ayat-ayat taman sama seperti cokolat; sungguh lazat, nikmat dan menyebabkan anda ketagih dengannya! [Kredit]

Bagaimana saya tahu..? Mudah. Kerana saya sendiri pernah merasakan betapa hebat dan berkuasanya kata-kata yang menusuk jiwa ini. Dan kerana saya juga pernah menusuk, menampar dan membelai hati-hati di luar sana dengan kata-kata yang tulus ikhlas datang dari hati yang marhaen ini!

Semoga taman-taman hati-hati di luar sana akan subur dan mekar dengan bunga-bunga chentaNya! Aiwah!

Senyum kenyit mata.
Seperti biasa, kena buat disklemer. Sekiranya anda seriyes mahu menggunakan contoh-contoh yang diberikan di atas, gunakan atas risiko anda sendiri. Saya berlepas tangan sepenuhnya sekiranya kata-kata yang bakal anda ungkapkan akan tertembak balik (Baca: Backfire) atau berlaku kes-kes seperti terjun gaung, lompat ke dalam laut penuh jerung atau berlari-lari sambil menarik rambut dan menjerit kegilaan selepas mendengar kata-kata anda. Eheh.

Selamat menanam dan menyemai biji benih bunga-bunga chenta di luar sana!

again..credit to the owner of Angel Pakai Gucci's blog..^^ 

Sekian, wassalam.

No comments: