Apr 20, 2012

Istimewa untuk mama

Assalamualaikum w.b.t.

Apabila mendengar dari jauh yang mama akan menjalani pembedahan di Hospital Tawakal, KL, hati anak mana yang tak gundah dan gelisah. Walaupun kak long, Aisyah dan ayah ada bersama-sama mama, saya tetap rasa risau. Hanya doa sahaja yang dapat dititipkan dari jauh agar mama selamat menjalani pembedahan. Alhamdulillah, hati ini berasa sangat bersyukur setelah dimaklumkan oleh kak long yang mama telah selamat menjalani pembedahan membuang kelenjar-kelenjar di seluruh badan sebelum ia membesar menjadi ketumbuhan. Menurut kak long pembedahan mama mengambil masa 4 jam. 

Walaupun tinggal berjauhan, hati saya tetap rasa nak balik. Pada mulanya ayah tak bagi saya balik sebab fikir bukan waktu cuti dan jauh. Tapi, saya tetap nak balik sebab ada sesuatu yang ingin diluahkan pada mama setelah pembedahannya. Kini, mama makin sembuh dan dapat cuti selama sebulan. Alhamdulillah, keadaan mama pun makin stabil sekarang walaupun tak boleh bejalan sangat. Mama tetap perlu menjalani rawatan susulan dan fisioterapi di Hospital Tawakal.

Cupcake pemberian Kak Ngah untuk mama..:)

Harap sangat.."moga mama cepat sembuh"

^_^

Mama cakap jangan risau sangat sebab keadaan mama pun dah makin ok. Alhamdulillah, Allah beri kesempatan lagi untuk kami sekeluarga bertemu di bawah naungan dunia ciptaan-Nya. Sekarang, memang happy sangat sebab dah selamat sampai di rumah. Dapat jugak melepaskan rindu pada keluarga dan Oski walaupun hanya dua hari sahaja. insya-Allah akan saya gunakan kesempatan ini dengan sebaiknya.

Oski..:)

Sekian, wassalam.

2 comments:

serkop sengEt said...

doakan mak ila cpt sembuh. amiiiiin...
nmpk sedap cupcake tu hehe ;)

nur khalilah hassan said...

insyaAllah..doakan ya..hehe..cupcake tu mmg cedap..^_^