Mar 15, 2012

Hiiidayah........!! Di mana kamu...??

Assalamualaikum w.b.t.

Bila lihat pada tajuk entri kali ini nmpak macam panggil seseorang yang bernama Hidayah kan.
Mungkin ya, tapi 'hidayah' yang ingin saya sampaikan di sini ialah hidayah sebaliknya, iaitu 'petunjuk' yang sememangnya anugerah Allah pada kita.
Semua orang tanpa mengira muslim atau non-muslim sebenarnya berhak menerima 'hidayah' andai dicari
Kadang-kadang tanpa sedar, ia datang dengan sendiri
Alangkah bertuahnya bila ia datang dengan sendirinya
Moga...'hidayah' yang datang pada kita semua menjadikan diri kita lebih baik daripada sebelumnya dan istiqamah melakukan ibadah dalam kehidupan seharian kita.

Ops, sebelum jari jemari di keyboard terlanjur melangkah, 
izinkan saya berkongsi sedikit ilmu yang masih kurang dihadapan-Nya. 
Suka untuk saya coretkan sesuatu yang tersirat berkaitan ''HIDAYAH''.
Sebut pasal hidayah,teringat pada classmate dan adik usrah saya..hehe
Tapi bukan itu yangg ingin diketengahkan. 
Hidayah yang kita sedia maklum adalah daripada Allah.
Ia terbahagi kepada dua iaitu:

1] Hidayah Irsyad
2] Hidayah Taufiq

Hidayah irsyad adalah hidayah yang kita sendiri cari seperti membeli buku-buku agama untuk menambah ilmu, hadir ke kuliah ilmu,suke mendampingi orang2 soleh, join usrah dan sebagainya.
Hidayah taufiq pula adalah daripada Allah. Ia dapat kita lihat apabila seseorang hamba Allah itu begitu istiqamah dan ikhlas dengan amal ibadah yang dilakukannya.Sifat istiqamah dan ikhlas inilah yang diilhamkan Allah kepada hamba-Nya dan inilah dinamakan hidayah taufiq.

Di sini saya petikkan sebuah lagu nasyid waktu zaman sekolah dulu..
Tiba-tiba teringat pulak zaman sekolah agama rakyat dulu waktu join nasyid..
(ehem2..testing2 suara)

hidayah Allah adakah terasa??
kalau masih belum carilah segera..
dimana-mana ia pasti ada
cuma diri kita yg menentunya.

Menerusi bait-bait lagu ni jelas menunjukkn hidayah itu sememangnya milik Allah dan jalan ke arahnya adalah bergantung kepada diri seseorang juga. Dikesempatan jantung yang masih berdenyut ini, marilah kita sama-sama koreksi diri dan berubah ke arah jalan yang lebih diredhai oleh-Nya
insya-Allah..

Sekian, wassalam.

5 comments:

uyaitusaya said...

hidayah kat perlis. hehe.

ila, penulisan kali ni nampak lebih ringan dan mudah hadam. untungnya uya ada kawan macam ila..:)

nur khalilah hassan said...

jgn lupe bli tudung kat hidayah..hehe

x lah, biasa2 je..huhu..apa yg ila tulis tu peringatn utk ila sndiri n kwn2..ila pn untung ada kawan a.k.a housemate cam uya..:D

norhidayah abd halim said...

patutla terasa diri dipanggil panggil..hehe..lea..beli kat mane tudung?..minat pulop:p

nur khalilah hassan said...

hehe..hidayah ni pulak rase rindu..lama x jumpa dayah..bila nk balik m'sia??
bli kt jln TAR je.dayah nk ke? kne balik sini dulu..;p

AhmadFarhi said...

moga Allah kaseh dan tenggelamkan dalam rahmat Allah///