Showing posts with label Review Buku. Show all posts

Nov 29, 2011

Review Stanza Cinta

Assalamualaikum w.b.t.

"Ya Allah...bilakah saatnya aku dipertemukan dengan pemilik tulang rusukku?"

Satu petikan ayat yang sungguh puitis yang dinukil oleh Nurull Halawati , penulis novel Stanza Cinta. Mula-mula drama Stanza Cinta ditayangkan di slot Zehra TV3 memang menarik perhatian saya walaupun hanya sempat menonton pada akhir-akhir episod. Walau bagaimanapun, saya yakin bahawa hasil nukilan asal daripada novel cerita ini pasti lebih menarik daripada drama yang dilakonkan. 

SINOPSIS

Secara keseluruhannya, novel ni sangat menarik dan jalan ceritanya juga penuh dengan mengingatkan kita pada ketentuan Allah s.w.t. Stanza Cinta mengisahkan tentang seorang muslimah yang bernama Amni Sorfina yang sentiasa mengejar cinta Ilahi. Bukan cinta duniawi yang diharapkan, tetapi siapalah dia untuk menolak pemilik tulang rusuknya yang hadir atas nama cinta kerana Allah. Amni merupakan graduan bidang Quantity Surveyor  dari Universiti Teknologi MARA (UiTM). Perwatakannya sangat bersopan santun dan lemah lembut serta disenangi oleh rakan-rakannya. Amni juga seorang yang berpegang teguh pada agama Allah dan sentiasa meletakkan hatinya pada cinta Allah. Oleh kerana itu, Amni selalu menjaga waktu ibadahnya dan jarang sekali dia mengambil ringan waktu solatnya. Seorang mencinta ilmu Allah, Amni sering menghadirkan diri ke kuliah agama Ustaz Yazid pada hujung minggu dan juga sering mengikuti usrah Cik Min bersama-sama Kak Bee.

Tanpa diduga, Amni bertemu dengan Irfan Ikmal, seorang pemuda yang juga pelajar UiTM dalam satu insiden. Namun, hati Amni langsung tidak tertarik pada cinta dunia pemuda tersebut walaupun Irfan sering menghubungi Amni. Cukuplah baginya menganggap Irfan sebagai rakan dan membawa Irfan ke jalan yang lebih baik. Disebabkan pengaruh Amni, Irfan kerap kali menghadiri ceramah dan kuliah agama. Dia juga dalam proses mengubah dirinya ke arah yang lebih baik. Dia ingin menjadi insan yang beriman dan bertakwa kepada Allah. Bukan semata-mata mengejar cinta Amni, tetapi semuanya adalah kerana Allah. Irfan juga mula belajar untuk hidup kerana akhirat, bukannya mengejar duniai semata-mata.

Pada masa yang sama, Amni terjumpa pula seorang ikhwan dari Bandung sewaktu berada di hospital. Dalam meratapi kematian sahabat karibnya, Umairah, Amni diberi kata-kata semangat oleh Taufiq. Kata-kata semangat yang banyak berunsurkan nasihat dan motivasi ke arah redha Allah itu telah membuat hati Amni jatuh cinta pada Taufiq. Bukan kerana apa, tapi kerana dia melihat perwatakan Taufiq yang alim dan warak membuatkan Amni merasakan Taufiq pemuda yang mampu memberi cintanya pada jalan Allah. Itulah yang Amni inginkan. Seorang suami ataupun pemilik tulang rusuknya yang boleh membimbing dan membawanya kepada cinta Allah dan agama. Lebih menggembirakan Amni apabila mengetahui bahawa Taufiq merupakan seorang ahli jemaah yang aktif dalam menyampaikan dakwah Islamiah dan mempunyai bacaan ayata Al-Quran yang sangat merdu.

Namun, langit tak selalunya indah, pihak jemaah dibawah kendalian arwah ayah Taufiq tidak menyetujui pernikahan Taufiq dilakukan pada masa terdekat kerana mereka memikirkan Taufiq perlu memperoleh banyak pengalaman daripada ahli jemaah di Indonesia di samping menjaga ahli keluarganya yang baru sahaja kehilangan ayahnya. Amni dan Taufiq redha. Mungkin Allah sudah aturkan yang terbaik untuk mereka berdua. 

Dalam kekecewaan Amni, Irfan hadirkan diri melamar Amni dan Amni bersetuju. Namun, semasa persiapan perkahwinan Amni dan Irfan, Allah lebih sayangkan Irfan dan menarik nyawa Irfan sebelum perkahwinan mereka. Amni sekali lagi redha dengan ketentuan Allah. Siapalah dia hendak melawan takdir. Baginya, jika dia berada dalam kesusahan sekali pun, ada yang lebih susah daripadanya. Amni akan selalu mengingatkan dirinya pada saudara Islamnya di Palestine. Saban hari mereka kehilangan orang tersayang dan tidak mengenal erti takut. Itulah yang menguatkan lagi jiwa Amni. Dia yakin kesedihan mahupun kesakitan yang dihadapi oleh seseorang merupakan hadiah dari Allah pada hamba-Nya untuk meguji keimanan cinta hamba-Nya. Tanpa di sangka, Taufiq menghadirkan diri dan melamar Amni. Akhirnya mereka disatukan di bawah pautan cinta Ilahi.

Pada pandangan peribadi saya, buku ni mengajar saya erti redha dan bagaimana kita sebagai hamba-Nya rasa seronok dalam melakukan ibadah yang Dia tetapkan untuk kita. Penulis banyak menyelitkan kata-kata hikmah yang bagi saya sangat indah dan kita boleh ambil kata-kata pada setiap bab di dalam buku ini sebagai pembakar semangat kita.  Di sini saya selitkan beberapa kata-kata puitis di dalam novel Stanza Cinta ini. Mungkin sebab itulah agaknya ia dipanggil Stanza Cinta. Kerana ia penuh dengan kata-kata puitis yang sangat indah. Walaupun saya bukanlah seorang yang puitis, tapi andai kata-kata itu menjadi pembakar semangat kita menuju cinta Allah, apa salahnya kita mengambilnya sebagai sesuatu yang bermanfaat pada kita sebagai hamba yang hina dina ini.

"Barangsiapa menginginkan teman,
cukuplah Allah sebagai temannya,
Barangsiapa menginginkan kekayaan,
cukuplah qanaah menyertainya,
Barangsiapa menginginkan nasihat,
cukuplah kematian menasihatinya,
Baransiapa menginginkan harta simpanan,
cukuplah al-Quran menjadi barang simpanan,
Barangsiapa yang tidak cukup dengan keempat-empat hal tersebut,
cukuplah neraka baginya"

"Ada orang yang lebih menderita daripada kita,
tetapi masih mengekalkan imannya,
Ada orang yang lebih bahagia daripada kita,
tetapi menggadaikan imannya."

"Jika aku menyembah-Mu kerana
takutkan api neraka-Mu...
maka bakarlah aku di dalamnya.
Jika aku menyembah-Mu kerana
tamak pada syurga-Mu...
maka haramkanlah ia padaku.
Tetapi jika aku menyembah-Mu 
kerana kecintaanku pada-Mu...
maka berikanlah aku balasan yang besar
berilah aku melihat wajah-mu yang maha besar dan maha mulia itu"
(Rabiatul Adawiyah)
 "Ya Allah, kurniakanlah aku cinta-Mu,
cinta orang yang mencintai-Mu,
serta amalan-amalan yang
membawa aku pada cinta-Mu"

"Aku suka penyakit kerana ia menjadi
penebus dosa-dosaku, dan aku suka
miskin kerana ia menyebabkan tawaduk
kepada Tuhanku, dan aku suka mati
kerana rindu pada Tuhanku"
(Abu Darda')

Dan banyak lagi sebenarnya kata-kata hikmah yang mendorong cinta kita pada-Nya. Jika ingin lihat sendiri, bacalah buku ni. Memang tak rugi. Secara jujur saya katakan buku ni umpama majlis ilmu yang saya hadiri. Ia banyak menyedarkan saya erti kehidupan yang sebenar. Saya suka buku-buku sebegini yang membuka ruang kepada kita sedar hakikat kehidupan dan bahagianya kita jika kita hidup dengan meletakkan akhirat sebagai tujuan utama kita hidup di dunia ini.

Paling memberi kesan dalam novel ini adalah pada waktu kematian sahabat kesayangan Amni, Umairah. Mengalir air mata saya sebab setianya mereka dalam persahabatan. Dalam hati saya terdetik, masih adakah sahabat yang mampu membawa kita ke jalan Allah? Masih adakah sahabat yang tidak putus-putus mendoakan kebahagian kita? Masih adakah sahabat yang gembira waktu kita gembira dan menangis waktu kita sedih dan susah? Masih adakah sahabat yang tidak jemu mendengar luahan hati kita dan menjadi pendengar yang terbaik pada kita? Adakah sahabat sebegitu?? Saya cuba untuk menjadi sahabat yang begitu dan saya yakin sahabat saya juga begitu.

Selain tentang sahabat, saya sangat kagum dengan watak Amni yang berpegang teguh pada cinta Allah. Hatinya tak mudah luntur dengan cinta duniawi. Moga ia mengajar saya untuk lebih memuliakan cinta Allah.

"Ya Allah...bantulah aku istiqamah dalam segala ibadah yang aku lakukan..tetapkanlah hatiku agar segala ibadah yang aku kerja ikhlas hanya kerana-Mu. Janganlah Engkau pesongkan hatiku setelah Kau berikanku hidayah...nikmatnya hidup kerana-Mu Ya Allah..."

Sekian, wassalam.

Jun 13, 2011

Review Bumi Cinta

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, akhirnya selesai juga saya membaca novel Bumi Cinta karya Habiburrahman El-Shirazy. Bagi saya novel Islam seperti inilah yang saya rasa tidak sia-sia jika membacanya jika hendak dibandingkan dengan novel-novel cinta yang hanya memaparkan kisah cinta antara dua insan. Novel yang bercirikan Islamik inilah mampu membangun jiwa pemuda kini yang kian dahagakan tarbiyah. Jadi, hilangkanlah dahaga tarbiyah itu dengan mengisi bahan-bahan bacaan yang memanfaatkan. Novel setebal 721 muka surat ini memang tidak mengecewakan pembacanya termasuk saya. Pelbagai isu yang dikupas berkenaan dengan umat Islam moden. Memang tidak merugikan!!! 

Sinopsis:

Muhammad Ayyas, seorang pemuda yang betul-betul menjaga dan mempertahankan imannya di bumi Rusia. Pelbagai rintangan dan cabaran yang terpaksa dihadapi Ayyas. Dia membuktikan bahawa selagi iman dan takwa kekal kental, kita berupaya menangkis segala rintangan yang Allah beri.  Muhammad Ayyas merupakan pemuda Islam yang berasal dari Indonesia datang bermusafir di Rusia kerana hendak menghasilkan tesisnya berkenaan dengan Sejarah Islam di Rusia dengan mengfokuskan pada kehidupan umat Islam di zaman pemerintahan Stalin dengan bantuan Profesor Abramov Tomskii dan Doktor Anastasia Palazzo di Lomonosov Moscow State University (MGU). Di Rusia, Ayyas sewa di sebuah apartmen yang mana dia terpaksa tinggal bersama dua orang perempuan Rusia yang bernama Yelena dan Linor. Namun iman dan kata hatinya tetap meminta Ayyas untuk mencari tempat yang sesuai untuk dia tinggal.  Buat sementara waktu, Ayyas terpaksa tinggal bersama Yelena dan Linor kerana dia perlu menyiapkan tesisnya. Di sebalik, wajah cantik Yelena dan Linor terdapat seribu satu cerita silam yang menyelubungi diri mereka. 

Yelena merupakan pelacur kelas atasan yang tidak mempercayai adanya Tuhan. Dia pernah menganut banyak agama termasuk Islam! Namun, dia tetap tidak mempercayai Tuhan sehinggalah dia ditimpa musibah di mana pelanggannya cuba membunuhnya dan membuang Yelena sendiri di pinggir kota Moscow yang sejuk dengan suhu -13 dan boleh mmbawa maut jika tidak memakai baju yang sesuai. Ketika Yelena tidak bermaya, mengalami kecederaan yang hampir meragut nyawanya dan tersadai di pinggir kota Moscow yang tidak henti-henti menurunkan salji tanda patuh pada arahan Allah, Yelena yang tidak percaya adanya Tuhan akhirnya menyebut juga nama Tuhan agar menyelamatkannya. Manakala Linor pula merupakan seorang Egen Perisikan Zionis Yahudi yang licik dibawah kuasa pemerintah Yahudi. Linor seringkali memperdayakan umat Islam dan mempunyai agenda tersendiri untuk membuatkan umat Islam dianggap sebagai pengganas oleh seluruh penghuni bumi lebih-lebih lagi penduduk Palestin. Muhammad Ayyas merupakan salah seorang mangsanya. Walhal, Linor sendiri tidak sedar bahawa dirinya sebenarnya merupakan seorang warga Palestin yang telah membunuh beribu-ribu penduduk Palestin hasil dari kekejamannya bahkan ibunya sendiri dibunuh dengan kejam oleh askar Zionis Yahudi yang tidak berkemanusiaan.

Bagi saya, buku ni memang sarat dengan ilmu pengetahuan berkenaan dengan Islam itu sendiri, sejarah Moscow, pengajaran dan juga dorongan yang mampu mengubah jiwa kita untuk lebih yakin tentang keesaan Allah. Antara pengetahuan baru yang saya perolehi ialah berkenaan dengan Kem Pelarian Shabra & Shatila, Ejen Perisikan Zionis Israel di setiap penjuru negara dan secara tidak langsung saya merasakan karya Habiburrahman ini telah mengajar dan membuka mata saya bagaimana caranya berhadapan dengan pelbagai golongan manusia dari pelbagai agama dan freethinker seperti Nietzsche dan Viktor Murasov. Bukan itu sahaja, bahkan buku ini juga menceritakan secara mendalam bagaimana kekejaman yang dilakukan semasa pemerintahan Stalin dan Lenin di bumi Moscow. Buku ini juga menjawab pelbagai soalan-soalan cepu mas berkaitan dengan agama Islam yang kita sendiri sebagai penganut agama Islam tidak terfikir seperti benarkah amalan ritual yang dilakukan oleh umat Islam, iaitu solat dianggap primitif??? 

Paling terkesan bagi saya bab 30 - Kau lah bayi Palestin itu. Pembunuhan beramai-ramai di Sbra dan Shatila. Tanpa mengira usia, kanak-kanak, wanita mahupun warga emas dibunuh dengan teramatlah kejam. Tak dapat digambarkan bagaimana terseksanya pelarian Palestin di Kem Sharba & Shatila pada 1982 itu. Bila difikirkan balik, adakah aku ini seorang yang ambil berat pada saudara Islamku di luar sana? Adakah aku betul-betul ambil tahu keadaan saudara Islamku? Tiba-tiba teringat pula kata Imam Nawawi - Mereka yang tidak ambil tahu akan keadaan umatnya, merka bukanlah sebahagian daripada mereka! Dan sungguh, hanya Allah sahaja pemilik mutlak HATI manusia! Biarpun sejahat mana seorang manusia, andai Allah mengetuk dan membuka hatinya kearah kebaikan, tiadalah dilambatkan walau sedetik. Itulah yang terjadi pada diri Linor. Sungguh, semuanya telah tertulis di luh mahfuz , sejak azali lagi. Rujuk surah Al-Hajj , ayat 70. Pintu taubat itu sentiasa terbuka. Bertaubatlah sebelum pintu itu tertutup.

Memang benarlah, susah hendak menjaga IMAN jika ia rapuh. Oleh itu, jadikanlah iman dan takwa sebagai benteng pertahanan diri kita untuk berhadapan dengan dunia serba fana ini. Ingatlah, dari perjalanan awal hinggalah akhir seseorang insan itu adalah semata-mata menuju kepada Allah s.w.t., Tuhan Seru Sekalian Alam.

" Hai orang yang beriman, apabila kamu memerangi pasukan (musuh), maka berteguh-hatilah kamu dan sebutlah (nama) Allah sebanyak-banyaknya agar kamu beruntung. Dan taatlah kepada Allah dan RasulNya dan janganlah kamu berbantah-bantahan yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu dan  bersabarlah. Sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar. Dan janganlah kamu menjadi seperti orang yang keluar dari kampungnya dengan rasa angkuh dan dengan maksud riak kepada manusia serta menghalang (orang) dari jalan Allah. Dan (ilmu) Allah meliputi apa yang mereka kerjakan."
(Surah Al-Anfal, ayat 45-47)

Kesimpulannya, jika anda hendak merasai sendiri bagaimana seorang hamba Allah dapat terus berjuang mempertahankan keimanan, keyakinan dan akidahnya. Bacalah Bumi Cinta. Semoga ia bermanfaat. InsyaAllah!