Jan 13, 2014

rindu bulatan itu :'(

Saya rindu tahu, dengan saat-saat ketika menghadiri halaqah dan liqa' itu benar-benar membasahkan dan mengisi jiwa, bukan sekadar aktiviti mingguan yang wajib dihadiri.

Saya rindu tahu, ketika mana ahli-ahli bulatan gembira bertanya khabar kerana mereka benar-benar ambil peduli tentang diri dan bukan sekadar menjadi modal pembuka bicara.

Saya rindu tahu, tatkala aktiviti qadhaya berjalan dengan rancaknya, benar-benar mahu berbincang tentang musykilah dakwi dan bersama-sama mencari solusinya, dan bukan setakat borak-borak kosong bergelak tawa.

Saya rindu tahu, masa-masa apabila seorang ukhti itu diberikan satu tugas atau tanggungjawab, dia pantas menerimanya dengan taat dan patuh, tanpa berbasa-basi dan petah memberi alasan, meski tugasan itu tampak seperti begitu sukar untuk dilaksanakan olehnya seorang diri.

Saya rindu tahu, pada konferens-konferens riang yang menggugah jiwa dan membakar semangat hingga ia menyala-nyala, dan bukan sekadar perhimpunan manusia sekali sebulan bagi memenuhkan KPI.

Saya rindu tahu, apabila akhawat bertanyakan "Kei fahal ukhti?' dan mereka benar-benar memaksudkannya, dan bukan setakat ayat-ayat klise di waksep atau MukaBuku.

Saya rindu tahu, tatkala akhawat saling mengambil berat sesama mereka, bukan sekadar bertanyakan khabar diri malah khabar amal dakwi dan tarbawi, amat risau andai ada akhawat yang gugur dan futur.

Saya rindu tahu, dengan semangat-semangat membara akhawat yang mahu menegakkan Islam di muka bumi, yang mahu mati syahid tanpa ragu-ragu lagi dan sanggup berkorban apa sahaja demi melihat al-Haq bangkit semula, dan bukan sekadar omong atau slogan kosong yang dilaung-laung.

Saya rindu tahu, saat-saat di mana akhawat benar-benar beriman dengan lafaz 'bersangka baik' atau 'salamatus sadr' dan bukan hanya tahu menyebut-nyebutnya tetapi culas untuk beramal dengannya.

Saya rindu tahu, apabila akhawat mendengar khabar atau cerita yang kurang enak tentang ukhti2 mereka, terus sahaja mereka mengatakan, "Subhanallah! Tidak patut kita berbicara tentang hal ini! Ini cerita dusta!" dan tidak terus bulat-bulat mempercayainya.

Saya rindu tahu, ketika mana akhawat sentiasa bersedia menawarkan bahu untuk ditangisi dan peha untuk bermanja-manja, dan bukan hanya menghantar emotikon-emotikon manis dan ceria sebagai pengganti diri yang entah di mana.

Saya rindu tahu, pada suasana dakwah, ikhwah dan akhawat benar-benar mahu mengajak manusia kepada Allah, bertungkus-lumus mahu menyentuh hati-hati luar sana, tanpa ada sebarang agenda atau propaganda yang tersembunyi.

Saya rindu tahu, pada perbincangan dan borak-borak dakwi dan tarbawi bersama akhawat terchenta, bertanyakan berapa bulatan gembira, bagaimana keadaan hadek-hadek terchenta, bagaimana mutabaah amal harian, minggu itu berapa kali bangun malam, dan bukan sekadar borak-borak tentang kereta, keluarga dan rumah jenis apa yang bakal dibeli.

Dan saya rindu tahu, pada suasana dakwah yang tulus, yang bersungguh dan yang tidak mengharapkan sebarang pulangan dunia, tidak takut dan risau memikirkan cacian manusia dan mehnah dunia, kerana semuanya dilakukan hanya untuk mendapatkan keredhaanNya semata.

Ya Allah, saya rindu tahu...?

Ya Allah, Kau kuatkan hati ini, agar terus tsabat dan istiqamah di atas jalan perjuangan ini.

Ya Allah, jangan Kau tarik kenikmatan dan kelazatan berada di atas jalan ini.

Ya Allah, Kau satukan hati-hati kami, biar kami bertelingkah dan berbalah di dunia ini, asal kami menuju destinasi yang sama; sorgaMu yang abadi.

Hanya kepadaMu aku menyerahkan diri ini. Engkaulah sebaik-baik Pelindung dan Engkau jugalah sebaik-baik Hakim dan Pembalas.

Nanges.

Credit to angel pakai gucci dot blogspot. Mmg rindu sngt. :'(

No comments: