Assalamualaikum w.b.t.
Rindu sangat nak update blog. Kehidupan sangat sibuk dengan aktiviti kat sekolah plus proposal for action research. Ni pun baru je lepas buat lesson plan..tapi bahan bantu mengajarnya belum siap lagi. Sebabnya..nak update belog..ish3, ada ke patut..tapi pastikan sebelum mengajar dah siap semuanya.! Pheww..ambil langkah berjaga-jaga jugak. Kot-kot lecturer nak datang tiba-tiba. At least dah ada sikit persediaan untuk mengajar. InsyaAllah, bagi saya, lecturer datang ke tak datang ke..kesungguhan nak mengajar murid-murid tu perlu ada dalam setiap diri seorang guru.eheh.
Paling rindu sekali dalam kesibukan praktikum ni adalah berusrah. Ya Allah, kuatkanlah semangat ini. Alhamdulillah, minggu lepas sempat juga dating dengan mak usrah berdua. Rasa dapat jugak lepaskan rindu walaupun tak fully usrah. Tapi dapat kata-kata semangat dari mak usrah through message ngan jumpa sekejap je pun dah naikkan semangat ni. Apatah lagi dapat pula berbalas emel dengan sahabat saya. Alhamdulillah. Dalam kesibukan dan mendengar keluhan yang menjadikan diri ini semakin negatif, tiba-tiba Allah datangkan insan yang mampu beri semangat sehingga saya cuba untuk buangkan perasaan negatif itu. shhhhuhhh fikiran negatif..p jauh2.. Di tambah lagi dengan menelefon mama tersayang, memang rasa bateri makin bertambah bila dapat cakap dengan mama. Syukur.
Itu lah kuasa pendorong dari belakang sebenarnya. Time kita rasa down, fikirkan insan yang terdekat dengan kita yang mampu buatkan kita sentiasa fikir positif dan kurangkan sesi mengeluh, jangan fikirkan insan yang buatkan kita rasa down lagi sudahlah.! Biasalah, sometimes kita akan rasa jemu dengan acara daily life kita sebab kita rasa buat benda yang sama dan daripada acara daily life kita tu akan buatkan kita rasa sibuk memanjang, rasa tak dapat nak buat kerja lain...dan macam-macam.. saya ingatkan diri saya..just take it as my challenge. dan satu lagi..sentiasa tanamkan rasa seronok dengan acara daily life kita ni. So, tak da lah kita rasa bosan. Dalam sesuatu pekerjaan memang tak kan ada yang mula dari senang. Apa-apa pun memang kita mula dari susah. Cuma, bagaimana kita nak handle kan sesuatu pekerjaan tu saja supaya ia jadi senang. ahah. cakap pandai. Ya, saya cuba aplikasikan dalam diri saya sebenarnya. Biasalah, kita manusia, hamba biasa. InsyaAllah segala-galanya boleh jika kita berfikiran positif.
Kan Allah dah cakap dalam 2:216
"Barangkali kamu membenci sesuatu padahal ia baik bagimu dan barangkali kami menyukai sesuatu padahal ia tidak baik bagimu"
dan.. 4:19
"Barangkali kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak"
Jadi, sentiasa fikirkan ada hikmah atas segala yang Allah dah rancang untuk kita. Tapi tugas kita, bukan dok saja, tugas kita..usaha lah ke arah yang lebih baik. InsyaAllah..sebab apa?? sebab..
Kan Allah dah cakap jugak dalam 98: 5-6
"Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya tiap-tiap kesukaran itu disusuli dengan kemudahan."
Kan..how sweet Allah pujuk kita.. Jadi sahabat2, just take it positively. Don't ever ever make it difficult. hee
So, readers aka hamba Allah yang sangat tabah dan sentiasa berusaha. Yakinlah pada diri. Yakinlah pada Allah.
Okey, till then. :)
p/s : adik2 circilicous kesayangan akak, sorry sangat..akan cuba usahakan juga untuk dating dengan kamu semua. :(
2 comments:
bila baca ayat ni,rasa tenang skit lepas update entry tdi..rasa beban amat jer..huhu nice entry..sejuk hati baca :)
sya > tu la..baru baca entry kamu..x pa, tnggu je yg intake ukm tu..and papepun setiap ape yg trjadi ade hikmahnya..dok utara pun syok gak..hee..ni dah hmpir 5 taon stngah dok utara dah..hehe..tabahkan hati..!
Post a Comment