Assalamualaikum w.b.t.
Tarik nafas jap..hhheeemmm.. Alhamdulillah. Betapa cintanya Allah kat kita kan. Kalau saja-saja tutup idung 5 minit pas tu rasa macam sesak nafas, mesti kita cepat-cepat lepaskan. Sebab?. Sebab takut lemas lah. Haa..kan, nampak tak Allah tu terlalu sayang kan diri kita sampai oksigen pun kita dapat free. Mana nak dapat benda-benda free ni weyh. Semuanya hanya dari Allah sahaja yang free. Manusia je yang guna originality nye from Allah, pas tu berbayar. Contohnya? Air minuman. Manusia berusaha ambil air dari sumber semulajadi atau kitar balik, pas tu jual kat orang. Then orang pun minum lah air yang berbayar tu..ahh..legakan. Tapi air tu berbayar. Mana ada orang dah usaha letakkan air dalam botol cantik-cantik. Pas tu suka ati je bagi free kat orang. Dah usaha dia, kenelah bayarkan? Eheh.
Okey, sebenarnye peristiwa tu just saya nak gambarkan tajuk entry saya. (tersenyum puas sebab dapat bersama-sama dengan akhawat bulatan ohsem) Okey, cantikkan tajuk tu. Antara perkara yang diperkatakan oleh seorang akhawat dalam usrah saya. Cuba anda pegang pen ke pensel ke pembaris ke tak kisah lah alat tulis or sebagainya yang berdekatan dengan anda. Then, cuba anda fikirkan ciri-ciri unik benda tersebut dan fikirkan ciri-ciri unik yang ada pada pencipta benda tersebut yang sama dengan ciri-ciri unik benda tersebut. Faham ke? Okey, saya bagi contoh pen yang ada penutup. Ciri-ciri unik yang ada pada pen tu adalah ia ada penutup.eheh. betul lah. unik apa. Okey, ciri-ciri unik yang ada pada pencipta benda tersebut yang sama dengan ciri-ciri unik pen tu adalah dia adalah seorang yang suka melindungi orang yang disayanginya. Sebab? sebab ciri unik pen tu bagi saya ada penutup dan dah semestinya pencipta pen tersebut yang ada sifat suka melindungi orang yang disayanginya mencipta pen tersebut dengan ada penutup sebab nak lindungi dakwat pen tersebut daripada tinggal sedikit. Faham ke? hope anda faham. :)
Sama juga dengan benda-benda yang ada di sekitar kita. Setiap ciptaan yang kita nampak adalah cerminan atau gambaran penciptanya sendiri. Saya ambil contoh terdekat dengan kita. iaitu our mother. Mak kita. Apa sifat-sifat mak kita? Mak saya terus terang saya katakan mak saya seorang yang baik hati, tak pernah mengeluh walau saya ada buat salah sikit pun, tegur dengan kasih sayang adalah, seorang yang penyayang.. Subhanallah.. Allah anugerahkan saya mak saya dengan sifat-sifat tersebut. Kagum kan? begitulah sifat-sifat yang ada pada pencipta mak saya.
Kak aji ada meminta kami bertadabbur surah al-Baqarah ayat 164. Try check sekarang. Maknanya
Firman Allah taala : Sesungguhnya pada pertukaran langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, dan pada kapal-kapal yang berlayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia, demikian juga pada air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Dia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang, demikian juga pada peredaran angin dan awan yang tunduk kepada kuasa Allah terapung-apung di antara langit dan bumi, sesungguhnya pada semua itu ada tanda-tanda yang membuktikan keesaan Allah, kekuasaan-Nya dan keluasan rahmat-Nya bagi kaum yang mahu menggunakan akal fikiran.
Haa..banyak perkara boleh kita predict kan daripada ayat cinta tu. Antaranya, sifat yang Allah ada pada benda yang dicipta-Nya. MasyaAllah. Hebatkan. Kadang-kadang, itu pun teguran Allah pada diri kita ni juga. Kita kan mudah alpa. Jadi, jom lihat keindahan alam yang terbentang luas sambil memikirkan hebatnya ciptaan Yang Maha Pemurah ini.. :')
Alhamdulillah. Tq Allah. Kamsahanmida Allah.
#bulatanohsem512013#
#bulatanohsem512013#
Sekian, wassalam
4 comments:
Alhamdulillah, terima kasih untuk input :)
Nur Emilya> sama2..sharing is loving.. :)
nice sharing..macam2 Allah bagi kte nikmat,kadang manusia jer tak reti nk bersyukur..mcm yg hur kata,oksigen pun Allah bagi free..:)
sya > yup! btl tu. jgn jemu dgn ungkapan alhamdulillah.. :)
Post a Comment