Jun 10, 2011

Saya Memang Sayang Kucing

Assalamualaiku w.b.t.

Andai saya mampu, memang saya nak ambil kucing-kucing terbiar di jalanan mahupun di kedai-kedai makan. Rasa kasihan pula pada kucing-kucing terbiar ni. Ya, saya tahu..mungkin ada segelintir yang kata 'biarlah, dah macam tu hidup haiwan terbiar', 'kucing tu kuraplah, nanti berjangkit kat kita pulak', 'kuku kucing tajam, suka mencakar je kejenye', 'kucing ni suka curi makanan' dan sebagainya. Apa pun, pandangan individu itu memang berbeza. Cuma, andai terlihat kucing kelaparan minta makanan, tidak salah kita hulurkan sedikit. Perbuatan ni sama sahaja dengan sedekah pada insan yang memerlukan. Maaf, bukan sahaja insan, tetapi pada warga bumi yang juga makhluk Allah s.w.t.. Ambillah iktibar dari seorang sahabat Rasulullah s.a.w., iaitu Abu Hurairah r.a. yang juga merupakan salah seorang perawi hadis terkemuka. Beliau juga sayang pada binatang.

Abu Hurairah ialah salah seorang perawi hadis yang terkemuka. Beliau dilahirkan 19 tahun sebelum Hijrah. Nama sebenar beliau sebelum memeluk agama Islam tidak diketahui dengan jelas, tetapi pendapat yang masyhur ialah Abd Syams. Nama Islamnya adalah Abd al-Rahman. Beliau berasal daripada kabilah ad-Dusi di Yaman.Gelaran Abu Hurairah r.a. adalah kerana kegemarannya bermain dengan anak kucing. Diceritakan pada suatu masa ketika Abu Hurairah r.a. bertemu Rasullullah SAW, beliau ditanya oleh baginda apakah yang ada dalam lengan bajunya. Apabila dia menunjukkan anak kucing dalam lengan bajunya lantas dia digelar Abu Hurairah oleh Rasullullah SAW. Semenjak itu dia lebih suka dikenali dengan gelaran Abu Hurairah. Dalam suatu peristiwa, tatkala seorang sahabat nabi bernama Abdul Rahman bin Sakhr menemui seekor anak kucing yang sedang mengiaw kerana kehilangan ibunya. Beliau yang dalam perjalanannya menuju ke Masjid Nabawi, berasa kasihan kepada anak kucing itu, lalu mengambil dan meletaknya dalam baju besar beliau.

Apabila sampainya di masjid, baginda bertanya Abdul Rahman, apa dalam bajunya? Ia menjawab anak kucing yang kehilangan ibu, aku mengambilnya kerana kasihan padanya. Lalu baginda menggelarkan Abdul Rahman dengan Abu Hurairah (bapa kucing kecil).
Gelaran bapa kucing tidak sedikit pun menjejaskan maruah dan reputasi Abdul Rahman, malah inilah gelaran yang paling disukai tatkala namanya disebut, kerana nabi sendiri yang memberi gelaran itu. Selain itu juga, gelaran Abu Hurairah mengingatkan beliau kepada suatu amal soleh yang pernah dilakukannya menerusi pembelaan seekor anak kucing.

Dan Abu Hurairah ialah seorang penghafal hadith2 nabi yang terbanyak dan dia telah dikenali juga sebagai GUDANG ILMU. Dia adalah sahabat yang paling suka bergaul dengan Rasulullah S.a.w. Dia tidakmempunyai tanah dan perniagaan dan seorang yang miskin harta tetapi kaya jiwa, maka masanya paling banyak diluangkan dengan nabi. Dengan kerana itu juga dia telah mempunyai banyak peluang meriwayatkan hadis2 nabi.
Banyak hikmah dari riwayat hidup Abu Hurairah ini dan antaranya beliau telah mencontohi kepada kita betapa bagusnya dan satu amalan yang sangat disukai oleh nabi sendiri iaitu berbuat baik kepada kucing.
Seorang wanita masuk neraka kerana kucing. Ia menahannya hingga mati. Ia masuk neraka kerananya, kerana ia tidak memberinya makan sebab ia menahannya, dan tidak membiarkannya makan serangga-serangga tanah.” Hadis riwayat Bukhari.

Sama-samalah kita mengelakkan diri dari menyeksa binatang, lebih-lebih lagi menyeksakan mereka dengan api. Sesungguhnya tidak ada yang berhak menyiksa dengan api selain Rabb (Tuhan) pemilik api.” Hadith Riwayat Abu Dawud, hadis sahih. 

Bukan sahaja Abu Hurairah r.a., malah, isteri junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w., iaitu Aisyah r.a. juga amat sayang pada kucing. Diriwayatkan dari Dawud bin Salih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa anaknya datang memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun, ketika dia sampai di rumah Aisyah, beliau sedang menunaikan ibadah solat. Kemudian, anak itu meletakkan mangkuk bubur itu di belakang Aisyah. Sayangnya, setelah Aisyah menyelesaikan solat, beliau tidak tahu ada bubur. Selepas itu, datanglah seekor kucing, lalu memakan sedikit bubur tersebut.

Ketika Aisyah melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing itu sahaja, dan Aisyah pun memakannya. Rasulullah Saw bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling.” Aisyah pernah melihat Rasulullah Saw berwudhu' dari sisa jilatan kucing, (HR AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni). Hadis ini diriwayatkari Malik, Ahmad, dan imam hadis yang lain. 

Selain itu, ada diriwayatkan oleh sahabat pada zaman Rasulullah s.a.w., iaitu Abu Qatadah yang juga suka pada kucing berkenaan dengan sisa makanan kucing di mana hukumnya adalah suci. Hadis Kabsyah binti Ka’b bin Malik menceritakan bahawa Abu Qatadah, mertua Kabsyah, masuk ke dalam rumahnya lalu beliau menuangkan air untuk wudhu'. Pada saat itu, datang seekor kucing yang ingin minum. Lantas beliau menuangkan air di bejana sampai kucing itu minum. Kabsyah berkata, “Perhatikanlah.” Abu Qatadah berkata, “Apakah kamu hairan?” Ia menjawab, “Ya.” Lalu, Abu Qatadah berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda, “Kucing itu tidak najis. Ia binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang rumahan),” (HR At-Tirmidzi, An-Nasa’i, Abu Dawud, dan Ibnu Majah).

Begitulah sebahagian maklumat yang saya ingin kongsikan yang saya ambil dari kisah-kisah para sahabat Rasulullah s.a.w. tentang kucing. Bagi saya, kucing memang haiwan yang manja dan comel. Saya akan rasa sedih bila lihat orang yang tidak mengendahkan kucing yang mengiaw untuk diberi makan. Walaupun kucing tu ada kurap sekalipun, bagi je lah. Anggap sahaja kita bersedekah. InsyaALLAH. Kalau ikutkan saya, nak je saya peluk dan belai semua kucing yang saya jumpa. Saya memang sayang kucing.

Sekian, wassalam...

3 comments:

Anonymous said...

Bersama kiter mencintai dan menyayangi makhluk Allah yg istimewa ini...

aby said...

salam nur khalilah

menarik crita tu,
tp tk boleh diexpose sangat.

sbb ada pencinta kucing seronok sbb mereka ada cita rasa yg sama dgn sahabat,
cuma yg masaalahnya, pencinta ni hanya ikut tang menjaga kucing sahaja, malah hingga lalai dgn tuntutan ibadat fardu sbb leka melayan kucing ...
mengikut sahabat tk salah tp biar la kita ikut ibadat nya ..

tk gitu ...

nur khalilah hassan said...

thanks saudara aby ttg pendapat tu.. :)
InsyaAllah...selagi kte x lalai dgn tuntutan ibadah, selagi itu kte perlu menunaikan tanggungjwb kte pd Allah..bkn wktu x lalai je, tp klu kte lalai skalipun, pd Allah lah perlu kte kembali..

btl tu..Ibadah msti diutamakan bkn shj masa lyn kucing, tp dlm semua urusan..

Sbb itu sy ambil contoh dr para sahabat masa zmn Rasulullah saw yg mana mereka bkn shj baik pd kucing atau pun makhluk Allah, ttp mereka jg tetap tidak melupakan ibadah pd Allah dan ini boleh dijadikan contoh utk generasi masa kini..