Mar 21, 2011

Confirm Flight ke alam barzakh

Assalamualaikum w.b.t.

Berhari-hari diri ini ditemani dengan assignment. Sibuk membuat assignment. Tarikh submit pun dah dekat. Nak keluar makan pun berfikir 2 3 kali disebabkan assignment. Aduhai..kenapa sampai begini.. Yang penting solat jangan lupa. Bila fikir yang diri ini sibuk membuat assignment..tiba-tiba terfikir pulak yang 'assignment akhirat' pun banyak yang saya tak siap lagi. Macam mana nak submit depan Allah nanti. Ditanya-Nya bertalu-talu pada diri ini mengapa tak siapkan assignment-Nya hingga lah dah tarikh submit. Tiba-tiba rasa gerun pulak. Sekurang-kurangnya tarikh submit assignment lecturer kita tahu, tapi tarikh submit assignment Allah??? ada sesiapa yang tahu??? Ya Allah.. janganlah Engkau lalaikan hati ini daripada melakukan ibadah kepada-Mu.

Peringatan buat diriku yang lupa- Inilah tarikh submit assignment.. Bila-bila sahaja..mungkin esok...

Kenangilah akan flight kita ke alam barzakh
One way flight yang tiada jalan pulang nya
Bila pergi ..ia akan selamanya
Confirm flight yang tak perlukan waiting list
Tak perlu booking dari awal
Tak ada boarding past yang perlu diambil
Tak ada last call untuk boarding
Tak ada bagasi yang perlu discan
Tak ada nombor tempat duduk yang perlu di cari
Tak ada economy class atau VIP
Tak ada senyum good morning sir dari paramugari
Tak ada juice dalam perjalanan
Tak ada demo keselamatan
Tak ada bahan bacaan untuk tatapan
Tak terlihat awan yang penuh keindahan
Dan tak ada ucap selamat dari juruterbang

Yang ada ...
Hanya check in dari Izrail
Yang akan datang memanggil
Hanya ucap selamat dari tanah perkuburan
Hanya soalan dari mungkar nakir yang menggerunkan
Hanya bacaan talqin yang menginsafkan
Hanya gelombang sakaratul maut yang menyakitkan
Hanya pertarungan ujian dengan syaitan
Yang cuba menyesatkan aqidah dengan seribu penyamaran
Hanya iringan Yasin dan bacaan Al-Quran
Dari anak yang soleh, rakan dan taulan
Hanya amalan akan discan
Dengan penuh detail dan ketelitian
Walau sebesar zarah akan dihitung
Segala perbuatan kita akan ditanggung
Amalan soleh atau toleh
Begitulah adilnya Tuhan
Tidak membiarkan sebarang penganiayaan
Untuk rujukan di liang perkuburan
Jika mulia jadilah taman syurga
Kalau hina.. Jadilah lubang neraka

Kita confirm akan ke sana
Tak ada yang terlepas dari persoalannya
Awas..dan beringatlah
Confirm flight ini akan tiba jua
Bukankah rasul telah bersabda
Cukuplah mati sebagai peringatan
Tiada tiket yang menunjukkan masa
Tiada transit di mana-mana
Tanpa mengetahui bilakah masa nya
Semua nya hanya ada
Dalam pengetahuan Tuhan yang Esa
Maha Mentadbir dan mengetahui segala-gala nya 

firman Allah:
(Yaitu) orang-orang yang mengikut Rasul, Nabi yang umi yang (namanya) mereka dapati tertulis di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka, yang menyuruh mereka mengerjakan yang makruf dan melarang mereka dari mengerjakan yang mungkar dan menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk dan membuang dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka. Maka orang-orang yang beriman kepadanya, memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya (Al Qur’an), mereka itulah orang-orang yang beruntung. 
Al-a’raf ayat 157
Katakanlah: “Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang gaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.” 
(62:8)

Renung-renungkanlah wahai teman-teman

Sekian, Wassalam..

No comments: