Mar 25, 2011

4 Perkara Sebelum Tidur

Assalamualaikum w.b.t.

Malam ni tak sentuh assignment ape pun. Saja saya nak rehatkan diri setelah habis pulun untuk 2 assignment malam semalam. Tidur pun lewat. Natijahnya, dalam kelas tak bermaya. Selalu juga saya ingatkan diri ini agar buat kerja biar lah di awal masa yang diberikan. Tapi, sukar untuk berubah. Ya Allah..bantulah hamba-Mu yang lemah ini, permudahkanlah urusan hamba-Mu ini ya Allah. Nak jadi guru cemerlang mesti kena rajin. InsyaAllah..saya masih lagi dalam proses belajar dan sentiasa belajar dari kesilapan. Sebelum nak tidur ni, saya ade terbaca tentang perbualan antara Nabi Mauhammad s.a.w. dan isteri kesayangannya, Aisyah tentang empat perkara yang perlu kita lakukan sebelum tidur.

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Rasulullah s.a.w berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, iaitu :

1. Sebelum khatam Al Qur'an,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhirat,
3. Sebelum para muslim meredhai kamu,
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah....

Bertanya Aisyah :
"Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"

Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.

Membacalah selawat untukku dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari Qiamat.

Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu.

Dan, perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah"

*
*
*
*

Tak susah kan nak lakukan empat perkara sebelum tidur, basahkanlah lidah kita semua dengan semua yang dinyatakan Nabi Muhammad s.a.w. Baca ayat al-Ikhlas, salawat, beristighfar dan berzikir pada Allah.. Kita cuba perlahan-lahan, insyaAllah menjadi amalan. 

Sekian, Wassalam...

No comments: