Phewh3!!! rasa nak jerit sebab lama sangat tak hapdate blog! siyes rindu. huhu.. Rasa cam nak masukkan suma citer ngan event dalam entry ni. Biar jadi entry yang panjang lebar sampai orang meluat dan bosan nak tengok. haha. Sekarang ni masih lagi sedang bersenang lenang bercuti sebelum masuk final sem minggu depan. Yes! final sem dah.! Orite, dah alang-alang tertulis kat new post ni eloklah kiranya saya update event yang berlaku sepanjang bulan 5 yang manis lagi sweet. (exam tak termasuk lah). Ok, memula nak citer trip ke Pulau Pangkor ngan dak kelasmate. kami pi time tengah2 exam tau. Punyalah tak ingat nak study sampai trip pun wat time exam. hehek. Alhamdulillah rancang lama dah dengan budak kelas even mentor pun nak ikut sekali. Kiranya trip ni berkemungkinan besar akan menjadi trip kelas yang terakhir lah. Yang betul2 satu ahli kelas ikut serta. Kami pi tak lama pun, 2 hari 1 malam. Bermalam kat Teluk Batik. Best sangat sebenarnya bercuti ngan kengkawan ni sebab semuanya happy2 ngan gila2. so, meriahlah kan.
Memula sebelum bertolak pagi khamis tu kami sarapan dulu kat roti canai d' lorong. Ye ke nama kedai roti canai tu? tak pasti pulak. Sesedap rasa je kan bagi nama sendiri kedai roti canai tu. hee. Yang pasti pagi tu makan roti canai kat area depan Taman Siswa reramai satu kelas tanpa keluarkan duit poket sebab yang belanjanya dak kelas Danial namanya. :D TenQ Den belanja kami suma.
Selepas makan haruslah tangkap gambar dulu sebelum bertolak. Tak tangkap gambar tak sah! Yang girls lah. Tak bergambar bukan kami namanya. hehe.
Dalam perjalanan ke Teluk Batik, kami singgah dulu di Aeion Manjung. Cemtu ke ejanya tatau.hehe. Sesampainya di shopping complex kat sana kami berpecah-pecah mencari arah tujuan untuk isi perut yang kosong lagi mendendangkan lagu keroncong. Sebelum berpecah-pecah, haruslah tangkap gambar lagi wei.! Barulah cari makanan masing-masing.
Sesudah kenyang perut. Tangkap gambar lagi. hahaha. Kawan-kawan yang lain hilang entah ke mana time ni. so, kami berempat je dok menunggu duduk sambil2 tunggu makanan dihadamkan betul2 dalam perut nih. Lepas tu, kami teruskan lagi perjalanan yang dekat ngan Teluk Batik. Finally, Alhamdulillah kami selamat sampai di chalet di Teluk Batik dan check in terus ke chalet. Time tu kami solat dulu dalam chalet, rehat-rehatkan diri dulu sebelum bermain-main di tepi pantai. bermain-main lah sangat, kami bersukaneka di tepi pantai. ahak.
Kami buat istana pasir..hahah. Cengginilah rupa bentuknya dari beberapa kumpulan. Memang seronok sangat. Tak terfikir pun nak menang ke apa. Rupe bentuk istana pun tak da. hihi. Masing-masing just enjoy je ngan aktiviti petang khamis tu. :)
Selepas bersukaneka petang tu, kami pun siap-siap untuk solat jamak taqdim maghrib-isyak berjemaah sekali ngan mentor kami. Alhamdulillah. itu yang penting. Seronok-seronok mana pun kita pi, kewajipan ibadah jangan lupa. Lagi syok bila buat secara berjemaah tau. Lagi terasa enaknya ukhwah bila time salam2 lepas doa. Time tu mula lah fefeeling sayu gitu. Saya je kot yang rasa cemtu. hahah. Ok sambung citer, pas solat kami pi ber BBQ. wah sedap sangat ye. Makan beramai-ramai membentuk bulatan ohsem gitu. hehe. Dalam kepala hotak tetiba rindu pulak nak makan reramai dalam talam.huhu. Teringat time khatibah ngan akhwat kat SP pulak dah. adus. Siyes rindu time tu!
Lepas je dinner. Kami pun apa lagi, badan dah penat. Katil yang emput kat dalam chalet pulak jadik lokasi kami seterusnya. Hahaha. Tidoq lain-lain. Yang lelaki ade 2 chalet yang pompuan pun ade 2 chalet. Mentor ngan family pun ade chalet special untuk mereka.
Esok paginya pulak, kami reramai naik bot laju p Pulau Pangkor! Alhamdulillah mabuk laut tak menyelinap masuk dalam kepala hotak. Syok lagi ade lah. Rupa-rupanya saya ni suka gak ea adventure2 ni..keh2. Sampai je kat Pulau Pangkor, kami naik ven jenjalan keliling Pulau Pangkor. Time tu mula lah kengkawan lain singgah-singgah shopping makanan laut kering bagai dan sourvenirs.
masing-masing muka happy je dapat naik van jenjalan keliling Pulau Pangkor. hahah. :P
ce teka ape tak kena ngan gambar ni? hee. Masing-masing shopping dry seafood gitu.. :)
Pas tu kami p tembok besar cina. Bukan main payah nak panjat dan jalan kat tembok besar cina ni. hahah. Tipu jeee.
Ok, pas jenjalan pusing abeh satu Pulau Pangkor kami pi ber snorkeling kat sana. Best sesangat. Dapat bagi ikan makan. Saya terlebih exited pulak bagi ikan makan. hahak. Memang syok. Yang tak pandai berenang usah gentar usah takut. Pakai je life jacket. InsyaAllah anda dapat meneruskan life kat sana. haaa.
Last sekali cedih sangat. Nak balik dah...woooaaaaa!! ayat memang wat ayat nak kena lempang..hehe..
Zon aulad. Eh cilap, zon gigirl..hahah.. Ok, sampai sini aje trip ke Pulau Pangkor ngan dak2 classmate. Mentor kami pun sporting aje sepanjang trip tu. Memang best. Sebab satu kelas pi. Dan yang paling penting, Alhamdulillah, kami selamat sampai pergi dan balik untuk menyambung study for exam yang seterusnya, paper math.!
Snap gambar ombak rindu dan air laut berlatar belakangkan pulau kecik dan langit biru buatkan saya teringat ayat ni..
“Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal. (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab Neraka.”
(Surah al-Imran,ayat 190-191)
Subhanallah.
Sekian, wassalam. :)
No comments:
Post a Comment