Feb 23, 2013

Sesuatu yang manis itu pasti akan datang kemudian hari.

Assalamualaikum w.b.t.

Panjang kan tajuk ni. Actually, nak cerita sikit je. Emm..tak nak cerita banyak2 sebab biarlah hati ini Allah yang pegang. Siapa kita kan nak menganggap seseorang itu lebih istimewa. Cuma, biarlah Allah yang tentukan dan tugas kita adalah berdoa untuk mendapat dan menjadi yang lebih baik. InsyaAllah. Membina sesuatu ikatan yang halal sebenarnya pasti akan lebih indah jika ia disandarkan dengan keimanan. Kan.. so sweeeettt. (stop verangan!) 

Kepada mereka atau pasangan yang diuji perasaan sebegini. Ingatlah, sesuatu yang manis menunggu anda satu masa nanti.. Cuma, bersabarlah. Jangan mudah tergadai dengan hawa nafsu sehingga rasa manis itu hilang bila menjadi yang halal nanti. Biarlah manis itu, manis yang berpanjangan bahkan hingga ke syurga terasa manisnya. Wah..! So sweeett kan..eheh. 

Jadi, kita sebagai warga muslim sendiri tau kan yang mana kita buat adalah betul dan yang mana kita buat adalah salah. InsyaAllah, sesuatu yang manis itu pasti akan datang kemudian hari.. :)

Moga kita semua di bawah naungan redha-Nya.

Sekian, wassalam.

Feb 16, 2013

Pray for all

Assalamualaikum w.b.t.

Jom hilangkan stress jap ngan mendoakan kesejahteraan orang lain walaupun yang kita tak kenal pun. Yang tak kenal pun kena doakan ke? yup. mesti kena doakan jugak sebab mereka juga saudara kita. lebih2 lagi seIslam dengan kita. Kita bukannya tau mereka tu dalam keadaan susah ke senang ke. Atau bagi yang keadaan susah, takkan kita tak terasa something bila kita dapat makan dengan kenyang. I mean that kalau kita dapat rezeki even sedikit pun, cuba kita bayangkan mereka yang tak dapat apa2 langsung. Yang kais pagi makan pagi kais petang makan petang. So, bersyukurlah dengan apa yang kita dapat dan teruskan mendoa untuk mereka yang kita tak kenal ni agar sentiasa dicurahkan rezeki berlipat kali ganda.

Kredit to Senyum Design Studio. Cantik2 design quotes yang diorang buat. Kreatif!

Semoga sesiapa sahaja yang baca post ni dalam keadaan yang mendapat naungan redha-Nya dan sentiasa dalam keadaan sihat dan sejahtera serta dikurniakan kemanisan iman yang berpanjangan..Aminnnn.. :)

p/s : kalau kita doakan untuk orang lain secara diam-diam, malaikat pun doakan untuk kita malah lebih lagi daripada kita doakan untuk orang lain tu. Ia one of the sunnah hasanah. Jadi, jangan berhenti berdoa untuk kesejahteraan orang lain. Dan..lagi satu, doa yang baik2 ea.

So, lets we pray for our Muslim sisters and brothers in Palestine, Syria, Myanmar, Malaysia and wherever they are..

Dari Anas bin Malik, Rasulullah s.a.w. bersabda "tidak beriman salah seorang di antara kamu sehingga kamu mencintai saudaramu lebih dari kamu mencintai diri kamu sendiri" Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

Sekian, wassalam. ^^

Feb 14, 2013

Motivasi tanpa sedar..^^

Assalamualaikum w.b.t.

Kadang2 diri ni suka gak ambil kata-kata dari mana2 resource sebagai penguat dan pemujuk diri. Yup. kita semua boleh ambil advantage yang ada pada pages FB or web yang brcirikan motivasi or islamik sebagai penguat motivasi diri. InsyaAllah. Sometimes, bukan je dari fb or web, tapi yang terdekat dengan kita, al-Quran. Ha! al-Quran kan punya kata-kata cinta yang indah. So, apa salahnya kita tadabbur sat. Ambil ia sebagai motivasi diri. InsyaAllah berkesan! :) Apa gunanya al-Quran kita dapat sebagai hadiah, or dapat time wedding or engagement sebagai hantaran tapi tak gunakan kelebihan yang ada pada buku hebat itu. Jadi, gunalah ia, jadikan panduan hidup kita. InsyaAllah, akan lebih bermakna hidup kita ni. 

Peace..! ^^ 

Jom ambil kesempatan yang ada ni, kita semak2 sikit risalah al-Quran tu dan try aplikasikan dalam hidup kita. 

Dan..kadang2..sahabat baik kita or mereka yang kita kenal dalam jalan tarbiyah juga mampu memberi kata-kata motivasi pada diri yang kadang-kadang semakin jauh dari-Nya. Bukan tu je. Kadang-kadang tingkah laku mereka juga pemangkin untuk diri ini untuk lebih melaksanakan ibadah walaupun kadang-kadang kita rasa ia hanya small things..tapi kadang-kadang tanpa sedar ia adalah big things that we need to apply in our daily especially in ibadah. Banyak kadang-kadang kan. eheh.

Contohnya, hari tu kita lupa nak buat solat sunat qabliah ngan ba'diah (rawatib)..tapi tiba-tiba kita nampak kawan kita sedang melaksanakannya, sedangkan kesibukannya sama je dengan kesibukan kita. Jadi, rasa macam satu hentaman 'gedebush' kat dalam hati ni yang rasa macam miss sesuatu, iaitu solat sunat rawatib sebelum dan selepas solat fardhu. Ya. itu antara motivasi jugak untuk kita lebih dalam hal ibadah. Hal lain pun sama juga. Yang penting, jangan pernah tinggal buku hebat dari-Nya itu sebagai titipan untuk kita lebih bermotivasi dalam seharian kita.

:) bila nampak je perkataan la tahzan dalam buku hebat tu. pasti tersenyum. :)

Sekian, wassalam.

Feb 10, 2013

~Daurah ISK + Oski~

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, now baru ade masa sikit nak update tentang daurah ISK-SH. Kat sini saya just nak share tentang ISK je. SH belum bersedia lagi coz memerlukan kefahaman yang betul2 tinggi. Yup, saya akui, masih banyak lagi yang perlu ditambah especially ilmu for shahadatul haq yang kita sendiri lafazkan tiap-tiap hari. betul kan? Ops, sebelum tu, main cakap je kan ISK lah, SH lah. Pebendenye tu kan.. Okey, ISK adalah Ini Sejarah Kita, manakala SH adalah Shahadatul Haq. Sebenarnya daurah ni merupakan salah satu wasilah dalam dakwah dan tarbiyah ni selain usrah. Bukan tu je, ada lagi..usrah, mukhayyam, rehlah, riadhah, jaulah, khatibah..semuanya adalah antara cara untuk mentarbiyahkan diri dalam membentuk diri untuk menaiki tangga-tangga maratib amal. Maratib amal tu apa pulak ye? Ok, maratib amal rasanya semua muslim perlu tau which is ia merupakan satu pedoman untuk kita mencapai satu matlamat yang mana sampai satu tahap kita merasakan dunia ni, bumi ni berpaksikan Allah s.w.t. 

Gambar kat atas ni yang saya maksudkan maratib amal..fuh..saya rasa kita masih berada di tangga 'ground floor'..betul kah? Saya sendiri akui memang banyak cabaran, agak sukar untuk bertatih menaiki tangga-tangga maratib amal ni. TETAPI, jika kita hidup yakin dan aqidah kita ni iktikad pada ALLAH swt.. InsyaAllah kita semua mampu untuk mencapai tahap ustaziyatul a'lam. That's why dalam usrah perlukan pendedahan seperti ini.. Maksud saya daurah yang mana ia memberi penjelasan dan pencerahan terhadap arah tuju kita bukan sahaja sebagai muslim tapi sebagai mukmin dan juga mukhlis..moga-moga begitu. 

Berbalik kepada ISK tadi. ISK means kita perlu tau sejarah kita, kita perlu tau asal usul kita, kita perlu tau yang kita dulu pernah maju dalam bidang sains dan teknologi masa pemerintahan Abbasiyah, kita perlu tau yang kita dulu pernah dijatuhkan oleh orang Monggol yang tidak bertamadun, kita perlu tau yang ada pemuda-pemuda sebaya kita dahulu pernah menaikkan kembali nama Islam, kita perlu tau kenapa kita berada dalam keadaan zaman ummah yang sakit dan tenat sekarang.. Kita perlu tau semua tu, kita kena ambil peduli semua tu.! 

Itulah yang diceritakan dalam ISK.

Daripada situ, kita tau bagaimana kita hendak kembalikan kegemilangan Islam seperti dahulu kala dan apa peranan kita untuk memartabatkan kembali Islam di mata dunia. Adakah kita hanya kata "emm..aku yakin yang Islam akan menang satu hari nanti, tapi aku tak tau nak buat apa..tunggu Islam dah maju baru aku akan lakukan sesuatu" atau "aku tak cukup ilmu, buat apa aku nak sampaikan kebenaran kalau aku tak cukup ilmu, ustaz ustazah kan ramai, diorang ada, insyaAllah Islam tak kan pupus punya" atau "sorry, aku sibuk nak buat kerja ni, kalau aku tak buat kerja macam mana aku nak maju dan macam mana aku nak majukan Islam" atau macam-macam lagi lah..agak-agak kita kat situasi yang mana? tepuk dada tanya iman fikirlah dengan mata hati.

Kalau ikutkan rasa tak layak, saya rasa saya pun tak layak nak sampaikan sesuatu tentang Islam. Tapi sampai bila kita rasa yang kita ni tak layak? adakah sampai malaikat maut datang.. wallahua'alam. Hope kita sama-sama ada kesedaran tentang ini dan tak memandang enteng terhadap tittle yang kita pegang ni.. Aku adalah seorang Muslim. Hope ia bukan atas kata nama sahaja tetapi atas kata kerja dan kata sifat juga. InsyaAllah..try sama-sama check kalam cinta Allah dalam surah al-A'raf ayat 179. Cuba lihat maknanya. selami dan hayati. Akhir sekali tadabbur..apa yang Allah nak sampaikan pada kita sebenarnya.. :) sweet kan.

Apabila usrah-usrah kami digabungkan, kami satukan ia dalam daurah.
Actually yang akhawat termasuk adik usrah saya ramai kat daurah SH, buat kat bilik sebelah je.. :)

Just nak share sikit.. tentang kucing kesayangan..Oski. Hilang hampir 5 hari dah masuk hari ni.. :( Tak tau ke mana dia menghilang. hope kalau ada yang ambil Oski dapat jaga Oski baik2.. Tapi family saya masih dalam operasi mencari. Paling sedih bila ayah saya sendiri yang cari kat semua kawasan perumahan kat bandar baru sentul ni. Bayangkan, daripada ayah dulu yang tak suka kucing, tapi tak tau kenapa kehadiran oski buatkan ayah sayang kat dia dan kucing-kucing yang lain.. :) 

tengok. Tompok teman ayah lepas kami solat jemaah.. :)

Untuk oski, memang kami sekeluarga tak pernah berhenti berharap. Hope oski dalam keadaan baik sebab jaga dia masa dia kecik lagi...

Dah tampal dah kat sekitar notice board kawasan rumah bandar baru sentul..tapi masih lagi tak da berita..

Oski..masa ni kecik lagi .. :')

Bila fikir balik, kita fikir yang positif aje.. Sebab haiwan ni dah semestinya masuk syurga. Dan..ingat, haiwan ni pun doakan kita. Jadi, berbaik2 lah dengan makhluk Allah yang lain juga..

Diriwayatkan dari Ali bin Al-Hasan dan Anas yang menceritakan bahwa Nabi Saw pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu, baginda berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhu untukku ke dalam bejana.” Lalu, Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana. Namun, seekor kucing datang dan menjilati bejana. Melihat itu, Nabi berhenti sampai kucing tersebut berhenti minum lalu berwudhu. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, bahkan tidak ada najis.”

Sekian, wassalam. :')

p/s : 1)ubah blog jadi warna2 pastel.. love the pastel colours..lembut je kan..hee
       2)mohon sama2 doakan kesejahteraan saudara Islam kita di muka bumi ni termasuk Syria dan Palestin.

Feb 4, 2013

Happy days for me

Assalamualaikum w.b.t.

Agak lama jugak ye mendiam dan menyepikan diri. Jenguk2 dashboard blog. Lega.. Tak nampak sawang pun. heheh. Since agak busy dengan banyak perkara ni, memang agak payah sikit nak luangkan masa ngan belog. Tapi hantu menulis blog masih lagi ada dalam hati ni.! aha! 

Okeylah. tak nak tulis panjang2, tak de sape pun yang nak baca kan...just nak update special entry for my mum and my sista. Birthday diorang sangatlah dekat tarikhnya.. my sista 2.2.89 and my mum 3.2.63. Sooo close..just like our relationship..I wished my mum birthday through call je. Jauh. You know what.. rasa nak mengalir air mata ni bila mama cakap.. "Kak Ngah wish birthday mama, mama rasa gembira sangat..sbb dalam masa umur mama ni makin dekat dengan-Nya, anak yang mama sayang ingat lagi kat mama.." yup, rasa nak deras je air mata ni kuar. Oh my Allah..how nice You sent this special person to me.. Tq Allah.. Sejujurnya, mama seorang yang kuat, seorang mama yang kuat dan seorang isteri yang kuat. 

I just want to share a little bit part of my mum's life. Alhamdulillah, memang beruntung ada mama bernama Zanariah binti Jarien. Yup, mama memang seorang yang kuat. Nak tau kenapa? sebab mama kerja dari pagi sampai petang (balik around 6 pm cam tu) tapi mampu beri layanan tanpa tunjukkan rasa penat kat anak-anak perempuannya and husbandnya. Selalunya memang mama tak menang tangan memasak untuk kami sekeluarga even penat seharian bekerja. Memasak bukan yang simple2 je..tapi hampir kesemuanya menu makanan kegemaran daughter and husbandnya. Saya yang belajar ni pun rasa tak mampu untuk sebegitu. Moga sifat itu turun pada diri ini..

Teringat masa zaman kanak-kanak ribena dulu..mama yang ajar mengaji, mama yang ajar ambil wudhuk, mama yang ajar solat, mama sendiri yang buat amali2 semua tu untuk anak-anaknya walaupun kat sekolah dulu memang ada amali solat. See. Ya Allah, bila meningkat dewasa ni saya baru terfikir kenapa mama sendiri yang nak didik kami lakukan amalan semua tu sedangkan memang kami adik beradik dah belajar kat sekolah. Mama nak sangat dekat dengan anak-anaknya. Mama nak sangat anak-anaknya buat amalan tu dengan sungguh-sungguh. Memang mama agak garang dulu. Tapi segarang-garang mama, mamalah orang pertama yang pujuk anak dia ni kalau nangeh. 

Disebabkan diri ni selalu berdampingan dengan mama masa cuti, saya nak share sikit.. Mama seorang yang tak pernah miss solat dhuha bila cuti. Sejuk je mata memandang.. Ya, mula-mula memang sejuk je mata memandang tapi tak buat-buat. But, one day bila mama cakap tentang kelebihan solah dhuha ni, diri ni pun sekarang sudah mula merangkak untuk amalkan. Lagi syok bila dengar suara mama lantunkan bacaan doa-doa mathurat.. Sejuk je telinga mendengar..dan kini, telinga yang sejuk mendengar ni lah masih dalam proses mengamalkan doa-doa mathurat. Subhanallah.. lihat didikan seorang mama pada anaknya. :')

Ya Allah... Kau ampunilah segala dosa ibu bapa ku...kasihanilah mereka seperti mana mereka mengasihani dan mendidikku sejak dari kecil lagi..

Mama..Ayah..doa ni tak pernah berhenti dari mulut Kak ngah tiap kali lepas solat..Ya Allah, andai benarlah ayat-ayat cinta-Mu dalam surah Al-Insyiqaq ayat 9...Kau perkenankanlah..moga kami berada dalam naungan syurga-Mu..InsyaAllah.. 

Nak tau Allah cakap apa dalam ayat tu, try lah check ea..(Al-Insyiqaq: 9)

Rasanya sampai sini je.. sebelum deras lagi ayaq mata ni ngalir..bukan sedih apa..tapi..biarlah..hanya Allah je yang tahu cintanya diri ni kat mama ngan ayah.. :)

For kaklong..happy 25..hehe..you're always the best sista in my heart.. :)

 forever love..

Sekian, wassalam. 

P/s= baru je lepas kendalikan program daurah ISK-SH with usrahmate to our adik2..so sweet..will talk later..

Till then.. :)