Assalamualaikum w.b.t.
Tersentuh? Sebab apa? baca ni dulu :
Maka sekiranya benar kita mengimpikan ukhuwwah fillah dengan ikhwah kesayangan kita, burulah
chentaNya dahulu. Seandainya benar perhubungan yang kita bina ini adalah demi mencari keredhaanNya,
wajar kita mendambakan kasih-sayangNya terlebih dahulu. Jika benar kasih-sayang kita untuk ikhwah
adalah untuk bertemunya di sorga nanti, maka tidak boleh tidak, kita mestilah jatuh chenta berguling-guling
denganNya terlebih dahulu.
Khuatir nanti, ikhwah kesayangan kita berseronok gembira di dalam sorga sedangkan kita menderita
Khuatir nanti, ikhwah kesayangan kita berseronok gembira di dalam sorga sedangkan kita menderita
terseksa di dalam neraka..!
Nauzubillah,,
Jadilah seorang akh yang akan sanggup bermati-matian demi mempertahankan chentanya yang suci
Jadilah seorang akh yang akan sanggup bermati-matian demi mempertahankan chentanya yang suci
kepadaNya! Jadilah seorang akh yang sanggup berkorban demi sahabatnya, kerana yakin mereka akan
bertemu semula di sorga sana! Dan jadilah seorang akh yang kuat hatinya, mantap jiwanya, kerana apabila
jahiliyyah datang menyerang perhubungan suci ini, dia tahu dan faham yang Allah sentiasa ada di sisi!!
Bersihkan hati-hati kami ya Allah,,, T_T
P/S : Hati tiba2 tersentuh baca post enche gabbana ni..
Sekian, wassalam.

No comments:
Post a Comment