Jun 3, 2011

Sejarah Solat Lima Waktu

Assalamualaikum w.b.t.

Sesungguhnya solat itu tiang agama dan dapat mencagah daripada perbuatan mungkar..

SUBUH : Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi.Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat.Apabila terbit fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s pun bersembahyang dua rakaat.Rakaat pertama:tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam.rakaat kedua:tanda bersyukur kerana siang telah menjelma

ZOHOR : Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.Rakaat pertama:tanda syukur bagi penebusan.rakaat kedua:tanda syukur jerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.rakaat ketiga:tanda syukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT.rakaat keempat:tanda syukur kerana korbanya diganti dengan tebusan kibas.

ASAR
Manusia pertama menergajakan solat asar ialah Nabi Yunus a.s tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan nun.ikan nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang ketika itu telah masuk waktu asar.maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana diselamatan oleh Allah SWT daripada empat kegelapan.Rakaat pertama:kelan dengan kesalahan.rakaat kedua:kelam dengan air laut.rakaat ketiga:kelam dengan malam.rakaat keempat:kelam dengan perut ikan nun.

MAGHRIB
Manusia pertama yang nengerjakan solat maghrib ialah Nabi Isa a.s iaitu ketika baginda dikeluarkan Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya.sedang waktu itu tela terbenamnya matahari.bersyukur Nabi Isa lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut.Rakaat pertama:untuk menafikan ketuhanan selain ALLAH Yang Maha Esa.rakaat kedua:untuk menafikan tuduhan dan tohmahan keatas ibunya yang telah dituduh melakukan perkara sumbang.rakaat ketiga:untuk menyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu ALLAH SWT semata-mata.

ISYAK
Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak islah Nabi Musa a.s.pada ketika itu,Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan,sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita.ALLAH SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu isyak yang akhir.lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda syukur. Rakaat pertama:tanda dukacita terhadap isterinya.rakaat kedua:tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.rakaat ketiga:tanda dukacita terhadap Firaun.rakaat keempat:tanda dukacita terhadap anak firaun.

Sekian, wassalam..

No comments: