May 27, 2011

Hebatnya ujian Allah

Assalamualaikum w.b.t.

Dah lama tak update blog ni. Alhamdulillah, selesai sudah menghadapi peperiksaan dan hanya bertawakal menanti keputusan. Yang penting perlu ada DUIT -Doa Usaha Ikhtiar Tawakkal. Mesti saling melengkapi. InsyaAllah. Apa pun, kita hanya berserah pada Allah sahaja selepas berhempas pulas melakukan sesuatu perkara.

Salam takziah buat adik-adik yang ditimpa musibah tanah runtuh di madrasah Al-Taqwa Hulu Langat. Dalam kejadian itu 16 orang pelajar termasuk anak yatim dan pengawal madrasah itu terkorban kerana ditumbus tanah hidup-hidup. Kesemua yang terlibat dengan kejadian itu ditemui, di mana dari 24 yang tertimbus sembilan ditemui selamat. Hebatnya ujian yang Allah beri. Bayangkan andai kita kehilangan orang tersayang secara tiba-tiba. Mesti sedih kan. Dengar berita ini pun sudah menyedihkan saya. Moga mereka ditempatkan bersama-sama orang yang beriman. Di sini saya selitkan nukilan dari seorang hamba Allah yang dituju khas buat mangsa-mangsa tragedi tanah runtuh:

Barangkali mak atau abah terasa bersalah menitipkan kami dirumah anak yatim madrasah At Thaqwa Ulu langat ini.
Mak atau abah mungkin tak habis2 menyalahkan diri kerana menitipkan kami disini, maka adanya diantara kami telah terkorban ditimbus hidup oleh tanah, bukan tanah kubur tetapi tanah merah dari bukit yang menobrak bangunan tempat tinggal kami ini.
Takpa mak! takpa abah, kami rela tinggal disini, tiada siapa yang salah diantara kita. Kami faham mak!, kami faham abah! bukan niat mak atau abah sengaja meminggirkan kami dari teman2 disekeliling rumah kita. Disini juga kami gembira, kami seronok dengan teman2 yang senasib dengan kami.
Disini kami diajar mengenal Allah, mengenal solat dan ibadat, disini kami sedang menuju mengenal erti kehidupan qhada dan qadar yang ditentukan oleh Allah seru sekelian alam. Terima kasih mak atau abah kerana menitipkan kami disini..
Mak atau abah juga tentu faham bahawa kehidupan mak atau abah juga adalah qada dan qadar allah. kerana qadha dan qadar Allah yang terpaksa mak atau abah harungilah, maka mak atau abah dengan berat rasa dan pilu hati mak menitipkan kami disini. Takpa takpa mak atau abah!. Allah lebih menyayangi kami dari mak atau abah…
Pada jiwarasa mak atau abah berkecai luluhnya menggambarkan jasad kurus kecil kami diheret timbunan tanah yang menimbus seluruh jasad kami, pastinya lemas itu lebih menyiksa dan memedihkan setiap rongga ruang nafas untuk kami meyedut udara menghindar maut, kami berjuang dengan sakaratul dengan segala kudrat yang ada demi untuk melindungi ruh milik allah ini.. itu lah meruntun jiwa mak atau abah yang membayangkan kami yang sedang berjuang dengan maut.
Tapi mak atau abah sebenarnya kami diiringi dengan malaikat selain dari kiraman dan katibin, bersama kami ada malaikat izrael yang menentukan siapa diantara kami yang akan syahid dan bakal hidup untuk melanjutkan qadha dan qadarnya…
Mak atau abah! yatimnya kami disini bukan kehendak kamu. Kami yatim yang cacat dalam hukum berkeluarga ini, adalah kehendak Allah. Kita semua milik Allah. Alam semesta ini juga milik Allah. Jika ada diantara kami mendahului dijemput Allah. Redhalah… mak atau abah. Kita sewajibnya bersyukur dan lebih mendekatkan diri kepada tuhan yang esa ini, tanpa nikmat pemberian ruh keatas kita ini, tentu kita tiada pertalian kasih sayang antara ibu atau bapa…
Ibu atau Ayah! kami menunggumu di Jannatul Firdaus syurga allah yang nikmatnya tidak terhitung dan terkira agung dan luasnya….

inginkan maklumat lanjut klik di sini : 
http://pinkturtle2.wordpress.com/2011/05/22/35394/

Beberapa hari yang lalu, saya dikejutkan dengan berita kehilangan anak pensyarah saya, Puan Hjh Natrah Hj Shaari. Memang menyedihkan. sama-sama lah kita berdoa pada Allah agar anak puan Natrah dijumpai semula. Dengan dunia serba fana ini, masih ramai lagi manusia yang tak kenal erti dosa pahala. Masih tak nampak lagi nikmatnya syurga dan peritnya neraka. Masih ramai lagi yang berani melakukan perkara yang dilarang. Kita berada di dunia ni pun bukannya lama. Satu hari nanti kita akan musnah juga dan menghadap Pencipta kita. Hidup selepas mati lebih lama dari hidup di dunia ni. Setiap dari kita tak akan terlepas dari ujian dan musibah-Nya.Fikir-fikirkanlah. Di sini saya nak share sedikit maklumat berkaitan dengan kehilangan anak Puan Natrah :

JITRA - Kehilangan seorang doktor muda, Dr Mohd
Noor Azam Mohd Nazri, 26, sejak enam hari lalu
menjadi lebih misteri apabila dia dikatakan pernah
hilang dua kali sebelum ini selepas ‘ditegur’ gadis
bertudung merah.

Ibunya, Natrah Shaari, 52, berkata, dalam bulan ini
sahaja sudah dua kali anaknya hilang selepas keluar
bertugas di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor
Setar.

Menurutnya, kali pertama ialah pada 3 Mei dan
kemudian sekali lagi anaknya itu menghilangkan diri
tanpa khabar berita pada 12 Mei yang lalu.

“Pada 3 Mei lalu, anak saya hilang entah ke mana dan
hanya pulang selepas dua hari kemudian, apabila
ditanya dia memberitahu ada seorang wanita
bertudung merah lingkungan 20-an menegurnya
ketika menaiki lif di HSB kira-kira jam 6.30 pagi.

“Bagaimanapun wanita itu dikatakan bertanya sama
ada anak saya Dr Azam dan mahu meminta tolong
kepadanya dan anak saya mengaku boleh membantu
serta kemudian dia dikatakan terus menepuk dahi
anak saya sehingga anak saya tidak mengingati apa
yang berlaku selepas itu,” katanya kepada Sinar
Harian.

Menurutnya, bagaimanapun anaknya itu hanya
tersedar dua hari selepas kejadian dahinya ditepuk itu
dan didapati berada di sebuah pusat membeli belah di
Sungai Petani.

“Selepas tersedar anak saya mendapati dia
kehilangan wang tunai RM500 dan sebuah telefon
bimbit.

“Dalam kejadian kedua pada 12 Mei lalu, anak saya
sekali lagi hilang semasa pergi bertugas di HSB dan
hanya pulang dua hari kemudian. Anak saya beritahu
wanita yang sama menegurnya dan perkara yang
sama juga berlaku kepadanya namun tidak sedarkan
diri selepas itu. Namun kali ini anak saya tersedar dia
berada di Jeti Kuala Kedah dua hari selepas hilang dan
kehilangan wang tunai RM300 dan seutas jam
tangan,” katanya.

Natrah berkata, dia dan keluarga tidak mengenali
siapa wanita bertudung merah itu malah tidak pasti
sama ada wanita itu benar-benar manusia atau
sebaliknya.

Menurutnya, dia juga pernah membawa anaknya itu
berjumpa dengan ustaz untuk tujuan berubat namun
tiada perubahan sikap yang ditunjukkan pada
anaknya berikutan kehilangannya itu.

“Kami bimbang sesuatu yang buruk menimpanya
kerana sehingga ke hari ini dia masih belum pulang ke
rumah selepas hilang buat kali ketiga di tempat
bertugas pada 16 Mei lalu dan kehilangan ini penuh
misteri kerana sudah masuk kali ketiga juga dia hilang
dalam bulan ini,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai
Mohd Noor Azam supaya segera lapor ke Ibu Pejabat
Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu menerusi talian 04-

9172222 atau Balai Polis Langgar (04-7876222).SH

sumber: http://www.facebook.com/notes/natrah-shaari/keratan-akhbar-doa-semua-saya-pohonkan-bantulah-anak-saya-kembali/204356222939236

Sekian, Wassalam..

No comments: