Apr 8, 2011

Muallaf saudara baru kita...

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah...Baru sahaja selesai membantu mualaf mengenal agama. Membantu mualaf ini bukanlah semudah yang disangka, bukan semudah mengajar kanak-kanak 6 tahun membaca alif ba ta, bukan semudah mengajar kanak-kanak 7 tahun cara-cara solat atau pun ambil wuduk. Tetapi apa yang penting ialah kesabaran yang tinggi. Baru sahaja saya bersama-sama sahabat (alin, aina, seha, ain, dan yana) di minta untuk membantu para mualaf di Sungai Korok, Jitra. Kebanyakan mualaf di sini berasal dari Thailand dan kebanyakan dari mereka juga tidak fasih berbahasa Melayu serta memahami bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, saya kagum dengan semangat para mualaf ini yang terlalu ingin mendalami ilmu agama Islam.

Pada mulanya, saya dan sahabat yang lain di minta untuk menguji dan memperdengarkan bacaan dalam solat. Kebanyakan mualaf di sini tidak fasih membaca ayat dalam bahasa Arab, bacaan mereka kedengaran agak pelat sedikit sebab terlalu dipengaruhi dengan bahasa siam. bagi saya, itu tidak mengapa, sebab mereka dalam proses belajar dan baru hendak mengenal agama Islam.

Selepas sesi memperdengarkan bacaan dalam solat, saya berkesempatan bertanyakan pada mereka tentang apa yang mereka rasa selepas memeluk Islam, kebanyakan dari mereka rasa sangat tenang pada jiwa mereka. Mereka rasa yang Allah itu betul-betul wujud dan jauh berbeza dengan amalan agama mereka sebelum yang tiada arah tujunya. Alhamdulillah...

Mendengar jawapan mereka kadang-kadang rasa malu pada diri ini. Saya dapat merasakan mereka yang baru memeluk Islam ini lebih kuat semangatnya untuk mendalami agama Islam berbanding diri kita yang memang sudah sedia Islam sejak lahir ini.

Walauapapun, semoga kita selalu mendapat hidayah dari Allah dan semoga niat baik kita mendapat kemudahan dari Allah untuk melaksanakan tuntunanNya. Amin!

'Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya.'

 [QS. Al- Maaidah 2]

Sekian..Wassalam..

No comments: