Mar 16, 2011

Kucing itu bukan najis

Kucing (Jawi:کوچيڠ) dikenali sebagai kucing bela jinak ialah mamalia karnivor kecil dari subspesis Felis silvestris catus. Ia adalah keturunan kucing liar Afrika,Felissilvestris lybica dan mungkin dijinakkan 3,500 tahun dahulu di zaman Mesir purba,di mana ia digunakan untuk menjaga simpanan bijirin daripada tikus dan roden yanglain. Hari ini kucing merupakan salah satu daripada haiwan belaan rumah yangpaling terkenal di dunia.
Kucing yang keturunannya berdaftar secara rasmi dipanggil kucing baka, kucing baka tulen atau kucing pertunjukan. Kucing baka tulen adalah kurang dari satu peratus daripada keseluruhan populasi kucing;kucing yang mempunyai baka campuran dirujuk sebagai bulu-panjang bela jinak dan bulu-pendek bela jinak.
Terdapat pelbagai bakakucing domestik, ada yang tidak berbulu ataupun ekor, dan mereka wujud dalamberaneka warna yang berlainan dan ada juga mempunyai banyak warna. Merekaadalah pemangsayang mahir dan diketahui bahawa mereka memburu lebih dari seribu spesies haiwanlain sebagai makanan. Mereka juga haiwan yang pintar dan ada yang berkebolehan untuk menggunakan mekanisma ringkas seperti tuil pintu atau tandasmanusia, seperti yang dijelaskan dibawah. Mereka berhubung dengan mengiau ("meow"/"miaou"), mengeluarkan bunyi 'purrr', berdesis dan juga isyarat anggota. Kucing boleh dikatakan baru lagi dijinakkan, oleh itu kucing juga boleh hidup di kawasan liar dan selalunya mereka akan membentuksatu koloni kecil. Hubungan manusia dan kucing menyebabkan kucing dipuja di dalam dongeng dan legenda dari beberapa bangsa, contohnyaMesir Purba, Viking dan juga Cina.

 Kucing dan Islam
Abu Qatadah berkata bahawa Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, "Kucing itu tidak najis. Ia binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang perumahan)," [Hadis RiwayatAt-Tirmidzi, An-Nasa'i, Abu Dawud, dan Ibnu Majah].
Diriwayatkan  Saidina Ali RA dan Anas yang menceritakan bahawa Nabi Muhammad SAW pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu,baginda bersabda, "Ya Anas, tuangkan air wudhuk untukku ke dalambejana." Lalu, Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju kebejana. Namun, seekor kucing datang dan menjilati bejana. Melihat itu, Nabiberhenti sehinggalah kucing tersebut berhenti minum lalu (baginda) berwudhuk.Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, "Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, bahkan tidakada najis."

Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar 
dan ibunya yang menerangkan bahawa hambanya memberikan Saiditina Aisyah RA semangkuk bubur.Namun, ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu, iamemberikan isyarat untuk menaruhnya. Sayangnya, setelah Aisyah menyelesaikansolat, ia lupa pada buburnya. Datanglah seekor kucing, lalu memakan sedikitbubur tersebut. Ketika ia melihat bubur tersebut dimakan kucing, Saidina 'Aisyah RAlalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing, dan Saiditina Aisyah memakannya.Rasulullah SAW bersabda, "Ia tidak najis. Ia binatang yangberkeliling." Saiditina Aisyah pernah melihat Rasulullah SAW berwudhuk dari sisa jilatan kucing, [Hadis Riwayat AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni].
Hadis ini diriwayatkan dari Malik, Ahmad, dan Imam Hadis yang lain. Oleh kerana itu, kucing adalah binatang, dimana, peluh, bekas dari sisa jilatannya adalah suci.
Nabi Muhammad SAW juga pernah memberi gelaran kepada Abd al-Rahman ibn SakhrAl-Azdi sebagai "Abu Hurairah" yang beerti "Bapa anak-anak kucing" kerana sikapnya yang sangat menyayangi kucing.

No comments: