Feb 1, 2011

Ya Allah Berilah Kemenangan Pada Umat Islam...

Assalamualaikum..
kita semua digemparkan dengan krisis yang berlaku di Mesir berkenaan bantahan besar-besaran bagi menumbangkan pemerintahan tiga abad Presiden Hosni Mubarak. Terkejut juga saya kerana rusuhan yang berlaku di sana amat teruk dan sesuatu yang tragis. Rusuhan dan Protes ini memberi kesan yang mendalam terhadap umat Islam di sana, bukan sahaja umat Islam di sana, bahkan penduduk di seluruh dunia dapat merasakannya. Bila difikirkan kembali, peristiwa ini menyedarkan kita sebagai umat Islam tentang pentingnya untuk kita buka mata seluas-luasnya dan peka terhadap apa yang berlaku dalam dunia Islam. Jangankan peristiwa kini, malah adakah kita ambil tahu tentang sejarah-sejarah Islam dahulu kala? bagaimana gemilangnya zaman pemerintahan khulafa' ar-Rasyidin? bagaimana jatuhnya kerajaan Islam pada zaman bani Umaiyah, bani Abbasiyah? bagaimana Sultan Muhammad Al-Fateh berjaya menakluk Kota Konstantinople? bagaimana kejayaan Iskandar Zulkarnain dapat menguasai empayar yang begitu luas hingga melangkau ke benua Eropah sampai ke Timur Jauh? dan macam-macam persoalan berkaitan dengan dunia Islam perlu kita tahu. tapi, malangnya, kita hanya buat endah tak endah sahaja terhadap semua ini kan. sesebuah kerajaan yang diperintah tidak kira kerajaan Islam mahupun kerajaan Barat dan kerajaan di Timur seperti Rom, Turnisia, Babylon, Parsi, Majapahit dan sebagainya ada jatuh naiknya. Hinggakan kerajaan Islam sekalipun, Allah tetap takdirkannya untuk jatuh juga. Semua yang berlaku perlu kita sama-sama ambil iktibar..InsyaAllah

Berbalik kepada rusuhan yang berlaku di Mesir, rusuhan dan krisis yang berlaku di sana adalah disebabkan beberapa isu yang melibatkan isu undang-undang, hak milik awam, dan juga isu politik. Contohnya, isu kekejaman polis, sekatan terhadap kebebasan bersuara, korupsi pemerintahan, dan juga penipuan dalam pilihanraya. saya bukanlah pakar dalam bidang undang-undang, sejarah, mahupun politik, tetapi saya hanya ingin sampaikan kepada rakan-rakan tentang isu yang berlaku dalam dunia Islam ini. Penting untuk kita ambil tahu sebab semua penganut Islam itu sendiri dianggap bersaudara, jadi, tidakkah kita sedih akan keadaan saudara-saudara seIslam kita di sana? keadaan yang berlaku di Palestin pun sudah cukup untuk kita sama-sama buka mata, buka hati dan minda tentang keadaan yang berlaku pada saudara Islam kita. jom sama-sama kita menadah tangan mendoakan kemenangan untuk mereka dan kita semua!

untuk maklumat lanjut mengenai krisis di Mesir dari semasa ke semasa bolehlah anda semua click laman ini :
http://english.aljazeera.net/ dan http://totallycoolpix.com/2011/01/the-egypt-protests/ 

No comments: