Jan 30, 2011

♥♥Uhibbu walidaini♥♥

Alhamdulillah..urusan di rumah sewa banyak yang sudah diselesaikan, cuma ada beberapa masalah-masalah kecil yang akan diuruskan oleh tuan rumah itu sendiri. thanks kepada rakan-rakan housemate yang sama-sama saling bekerjasama dalam proses memidahkan barang ke rumah sewa. kredit and thanks to pak cik van ipda (nama tak tahu..huhu) yang sudi mengangkut barang-barang kami dari kolej kediaman hinggalah ke taman suasana permai..penat hari tu hanya Allah sahaja yang tahu...:)

jutaan terima kasih untuk mama dan ayah yang datang dari kl semata-mata mahu memenuhi keperluan anak perempuannya ni..dah macam penghargaan pulak.. tapi, apa yang hendak saya fokuskan di sini ialah besarnya pengorbanan mak ayah kita. bila reflek diri balik, mama & ayah sanggup datang dari jauh demi anaknya ni.. rasa sayang dan cinta yang amat sangat terhadap mereka tiba-tiba menyusup dalam hati ni. mama beria-ria tolong kemaskan rumah, ayah pulak asyik menanyakan barang-barang semua cukup ke tak, rumah selesa ke tak dan macam-macam lagi. anak mana yang tak tersentuh hatinya bila lihat mak dan ayahnya bersungguh-sungguh menyempurnakan keperluan anaknya.

ingatlah betapa besarnya kasih sayang ibu bapa kepada kita. mereka memberi perhatian amat serius mengenai tempat tinggal, makan minum, pendidikan serta penjagaan kita pada setiap masa. mereka sering bimbang ketika kita sakit hingga pekerjaan lain ditinggalkan demi merawat kita. wang yang mereka cari dengan susah payah rela dikeluarkan tanpa berfikir panjang. mereka bekerja keras siang malam demi memberi nafkah kepada kita. dengan beringat jasa mereka, kita akan mengetahui kadar penderitaan pada waktu mereka membimbing diri kita hingga beranjak dewasa.

Allah s.w.t memerintahkan agar manusia berbakti kepada ibu bapa.
Firman Allah bermaksud: “Dan Tuhanmu memerintahkan agar kamu jangan menyembah melainkan hanya kepada-Nya dan hendaklah berbuat baik kepada kedua orang tua. Dan jika salah satu daripada keduanya atau kedua-duanya berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu menyatakan kepada keduanya perkataan ‘ah’ dan janganlah kamu membentak keduanya. Dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan mulia dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah: “Wahai Tuhanku, sayangilah mereka keduanya, sebagaimana keduanya menyayangi aku waktu kecil.” ” (Surah Al Israa’: Ayat 23 dan 24)

~saya sayang mama dan ayah saya~

No comments: